Arif-Roy King yakin sentuhan ‘Naga Api’

Arif-Roy King yakin sentuhan ‘Naga Api’

AKSI Arif Junaidi-Yap Roy King ketika beraksi di Terbuka Malaysia 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King optimis bimbingan ketua jurulatih beregu lelaki baharu, Herry Iman Pierngadi mampu menjadikan mereka antara gandingan terbaik selepas ini.

Wan Arif mengakui, meskipun baru seminggu menjalani latihan bersama Herry yang diberi julukan ‘Naga Api’, pendekatan yang diterapkan jurulatih dari Indonesia itu sudah mula memberi kesan positif terhadap prestasi mereka.

Disebabkan itu, dia yakin dapat mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari ketika turun berdepan Indonesia dan Hong Kong di Kumpulan B dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di Qingdao, China.

“Dengan kehadiran jurulatih (Herry), kami mendapat ilmu baharu yang pernah digunakan dalam kejayaan beregu lelaki Indonesia, dan ianya amat membantu.

“Kami berharap dapat memanfaatkan pengalaman ini, bukan hanya saya dan Roy King, tetapi juga Man Wei Chong-Tee Kai Wun di China nanti,” kata Arif kepada pemberita selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), semalam.

Menuru tArif, Herry memberi penekanan kepada aspek teknikal seperti kawalan permainan di bahagian belakang gelanggang yang mereka cuba sesuaikan dalam latihan.

Sementara itu, Roy King menegaskan setiap pasangan perlu mengambil tanggungjawab memastikan Malaysia meraih mata dalam setiap perlawanan penting.

“Saya rasa semua beregu ada peranan masing-masing, dan kami sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik di dalam atau luar gelanggang,” kata Roy King.

BAMTC 2025 akan membuka tirai pada 11 hingga 16 Februari ini dengan beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai serta beregu lelaki negara menjadi taruhan utama pada kejohanan ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya