Sabah benam Negeri Sembilan di Paroi

Sabah benam Negeri Sembilan di Paroi

PEMAIN import Negeri Sembilan FC, Ricardo Pires Santos Junior, dikawal pemain Sabah FC, Stuart John Wilkin, ketika beraksi pada Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, hari ini.-UTUSAN/GAMBAR : MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Hasrat Negeri Sembilan FC (NSFC) melakar kemenangan kedua di laman sendiri tidak kesampaian apabila tewas, 1-2, kepada Sabah FC dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini petang tadi.

NSFC yang mencapai kemenangan sulung, 2-1, di gelanggang sendiri ke atas Sri Pahang pada 10 Januari turun berbekalkan semangat tinggi untuk mencapai kemenangan kedua.

Namun Sabah yang membuka jaringan seawal minit ke-5 melalui Saddil Ramdani hasil sepakan sudut yang gagal dikawal oleh barisan pertahanan tuan rumah.

Pasukan pelawat hampir menambah bilangan gol pada minit ke-11 melalui sepakan kencang Stuart Wilkin, namun percubaab pemain harimau Malaya itu berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol NSFC, Muhamad Aqil Abdul Razak.

Separuh masa kedua, Sabah FC yang hanya mencatat keputusan seri, 1-1, ke atas Sri Pahang dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala Malaysia pada 18 Januari lalu menggandakan asakan ke kubu NSFC.

Namun, rangkaian jentera serangan Sabah FC yang diterajui pemain kebangsaan, Darren Lok gagal menembusi gawang tuan rumah.

Sabah FC mengesahkan kemenangan dengan gol kedua pada minit ke-71 hasil jaringan J. P. Boeira Duarte.

Pemain gantian yang masuk pada separuh masa kedua itu menguis bola masuk ke gawang dalam satu perebutan bola di kotak penalti NSFC.

NSFC yang berputus asa berjaya mendapatkan gol saguhati pada minit ke-82 hasil jaringan Hein Htet Aung.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya