Negeri Sembilan tewaskan Pahang 2-1

Negeri Sembilan tewaskan Pahang 2-1

PEMAIN penyerang Negeri Sembilan FC, Aliyu Audu Abu Bakar, membuat tandukkan yang dihalang pemain pertahanan Sri Pahang FC, ketika beraksi pada Perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban hari ini.-UTUSAN, KOSMO/GAMBAR : MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) akhirnya berjaya mencatatkan kemenangan pertama di gelanggang sendiri apabila menumpaskan Sri Pahang FC, 2-1, dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dekat sini, sebentar tadi.

Pasukan tuan rumah dikejutkan dengan gol Sri Pahang pada minit ke-8 hasil jaringan sendiri pemain NSFC, Aliyu Audu Abu Bakar yang tertanduk bola ke dalam gawang ketika cuba menyelamatkan hantaran lintang oleh Kpah Sherman.

Bangun dari kejutan itu NSFC menggandakan asakan ke kubu lawan namun dihampakan dengan gandingan pertahanan Sri Pahang yang ampuh.

NSFC akhirnya dapat menyamakan kedudukan pada minit ke-44 hasil jaringan Hein Htet Aung yang merembat masuk bola yang melantun tepat ke kakinya selepas terkena palang gol pasukan pelawat.

Memasuki separuh masa kedua, NSFC terus melancarkan serangan bagi memburu kemenangan kedua dalam perlawanan liga musim ini.

Dalam satu serangan di kiri gol pasukan pelawat pada minit ke-59, Jacque Faye yang dikawal ketat melorongkan bola kepada Selvan Anbualagan yang tidak dikawal lalu melepaskan sepakan kencang menewaskan penjaga gol Sri Pahang, Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin.

Sri Pahang cuba mencari gol penyamaan, namun pertahanan tengah NSFC, Aliyu Audu berjaya mengawal kubu pertahanan pasukannya dengan berkesan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya