NAZARUDIN SHAHARI

MHL 2025: Negeri Sembilan benam Armed Forces

PEMAIN Negeri Sembilan (jersi merah) melakukan asakan ke kubu Armed Forces HT dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2025 di Stadium Hoki Seremban 2, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pasukan hoki wanita Negeri Sembilan bergaya di laman sendiri apabila membenam Armed Forces HT (AFHT), 5-1, dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2025 di Stadium Hoki Seremban 2 di sini, semalam.

Pasukan tuan rumah dikejutkan dengan gol awal AFHT ketika perlawanan baru sahaja memasuki minit kedua hasil jaringan Aina Zafifah Mohd. Razali yang bijak mencari ruang di depan pintu gol Negeri Sembilan.

Gol itu menyentak semangat para pemain Negeri Sembilan yang tewas, 0-3, dalam pertemuan dengan Blue Warrior, pada Jumaat lalu.

Pemain Negeri Sembilan bangkit melancarkan serangan ke kubu pelawat dan berjaya mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-14 melalui jaringan Nurul Qistina Mohamad Ridzwan.

Gol itu ternyata mengembalikan keyakinan para pemain untuk terus menggasak kubu AFHT.

Pemain import dari China, Zuo Dandan meletakkan Negeri Sembilan di depan dengan jaringan gol kedua pada minit ke-27.

Pada minit ke-40, Negeri Sembilan dihadiahkan pukulan penalti akibat kesalahan dilakukan pemain lawan di dalam kotak penalti.

Peng Xueyi yang diberikan tanggungjawab mengambil pukulan penalti bijak memukul bola masuk ke gawang melepasi penjaga gol AFHT, Siti Zalia Nasir.

Negeri Sembilan yang hanya mencatatkan keputusan seri, 2-2, pada perlawanan sulung pasukan itu di sini pada 4 Januari lalu terus melancarkan serangan ke kubu AFHT.

Zuo Dandan terus mempamerkan aksi terbaik apabila menjaringkan dua gol lagi masing-masing pada minit ke 53 dan 59 melalui pukulan sudut penalti untuk melengkapkan hatriknya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya