Maybank tewas mengejut

Maybank tewas mengejut

PEMAIN UiTM HA-KPT, Mohd Khairul Naim Johari cuba melepasi pemain Maybank ketika kedua-dua pasukan itu bertemu dalam aksi Liga Hoki Malaysia (LHM) di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Maybank, Iman Gobinathan mengakui ketumpulan jentera serangan menjadi punca pasukannya dikejutkan dengan kekalahan 3-1 kepada UiTM HA-KPT dalam aksi Liga Hoki Malaysia (LHM) di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Iman berkata secara keseluruhan pasukannya mempamerkan komitmen dengan baik namun mereka perlu mempertingkatkan usaha terutamanya di bahagian serangan.

“Masih ada masalah di bahagian serangan. Apabila kita tidak menjaringkan gol, lawan akan menjaringkan gol apabila mereka ada peluang.

“Pasukan bermain dengan bagus tetapi kami tak cukup klinikal. Kami melepaskan banyak peluang. Adakalanya anda bermain dengan buruk tetapi boleh menang. Tiga mata lagi penting daripada bermain cantik tetapi kalah.

“Pemain tidak terlalu yakin cuma kami tidak boleh menjaringkan gol,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan di sini hari ini.

Dalam aksi tersebut, dua gol UiTM HA-KPT dijaringkan oleh Perabu Tangaraja pada minit ke-20 dan minit ke-48 sebelum Hafiizhuddin Zaidi meledak gol ketiga pada minit ke-50.

Gol tunggal Maybank dijaringkan oleh Shahmie Irfan Suhaimi pada minit ke-59. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya