MANCHESTER, England: Manchester United sudah hampir pasti layak secara automatik ke pusingan 16 Liga Europa selepas menewaskan Rangers 2-1, awal pagi tadi dalam pertembungan ‘Battle of Britain.’
Perlawanan yang berlangsung di Old Trafford menyaksikan Red Devils terpaksa menunggu hingga minit ke-52 untuk membuka tirai jaringan.
Jaringan itu diperolehi, menerusi bantuan gol sendiri penjaga gol Rangers, Jack Butland yang tertumbuk sepakan sudut Amad Diallo ke dalam gawangnya untuk meletakkan tuan rumah mendahului.
Begitupun, Cyriel Dessers menyamakan kedudukan buat Rangers yang dilanda kecederaan pada minit ke-88.
Namun Fernandes muncul wira apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan untuk mengelak United kemungkinan bermain aksi playoff.
United melonjak ke tangga keempat carta dengan berbaki satu perlawanan pada fasa kumpulan.
Lapan pasukan teratas layak automatik ke pusingan 16 terakhir, yang kini mungkin sukar buat Rangers selepas mereka merudum ke tangga ke-13.-AGENSI