Lapan pemain warisan perkuat Harimau Malaya

Lapan pemain warisan perkuat Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya akan melalui cabaran yang panjang sebelum mengintai tempat dalam Piala Dunia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jika tiada sebarang halangan, Harimau Malaya bakal diperkuatkan dengan kehadiran lapan pemain warisan dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2027 pada Mac depan,

Ini selepas lapan pemain sedang dalam proses dokumentasi untuk mendapatkan kelulusan bagi membolehkan mereka mewakili Harimau Malaya dalam kejohanan di pentas antarabangsa.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan, empat pemain warisan baharu itu kini berada di fasa akhir bagi mendapatkan kerakyatan Malaysia dan sedang menunggu kelulusan muktamad daripada kerajaan Malaysia.

“FAM juga dalam proses melengkapkan dokumentasi bagi empat pemain lain. FAM berterima kasih kepada kerajaan Malaysia atas sokongan yang diberikan dalam usaha meningkatkan mutu pasukan Harimau Malaya,” kata FAM.

Situasi berkenaan jelas menjadi perkhabaran gembira buat skuad negara bimbingan Peter Cklamovski menjelang pusingan terakhir Kelayakan Piala Asia 2027 yang bermula pada Mac depan.

Untuk rekod, skuad bimbingan Cklamovski diundi dalam Kumpulan F bersama Vietnam, Nepal dan Laos dengan hanya juara kumpulan akan meraih slot ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

Sebelum ini, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengesahkan pemain warisan gred A sudah dikenal pasti untuk memperkuatkan skuad Harimau Malaya.

Pada masa sama, baginda menjelaskan posisi kritikal seperti pertahanan tengah, pertahanan kiri, penyerang, pemain tengah, pemain tengah menyerang dan pemain sayap kiri menjadi keutamaan untuk diisi pemain kacukan itu.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya