Lalai punca Terengganu kecundang

Lalai punca Terengganu kecundang

PEMAIN Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman (dua, kanan) dikawal ketat oleh pemain Terengganu FC (TFC) dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, kelmarin. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kelalaian dalam tempoh 20 minit terakhir perlawanan meletakkan Terengganu FC (TFC) di laluan sukar untuk meneruskan saingan ke final Piala Malaysia.

Dalam aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, skuad Sang Penyu tumpas 4-0 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam separuh akhir pertama di laman sendiri, kelmarin.

Pada separuh masa pertama Terengganu hanya melepaskan satu jaringan, namun kehilangan fokus di hujung babak kedua membawa padah apabila dibolosi tiga lagi jaringan.

Keputusan itu bermakna skuad kendalian Badrul Afzan Razali perlu memburu jaringan besar pada 90 minit lagi perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim pada 1 Februari ini.

Situasi itu diakui Badrul Afzan yang melihat pemainnya hilang fokus terutama di penghujung aksi menyebabkan gawang TFC dibolosi sehingga tewas dengan defisit empat gol.

“Pada separuh masa pertama, pemain TFC dapat menyaingi pasukan pelawat termasuk mencipta peluang menjaringkan gol walaupun tahu gawang JDT sukar ditembusi sebelum hilang fokus pada akhir babak permainan.

“TFC mempunyai jadual yang padat selepas ini termasuk perlawanan Piala Shopee pada 22 Januari ini. Kita akan memberi tumpuan game by game sebelum aksi timbal balik separuh akhir kedua di gelanggang lawan, awal bulan depan,” katanya.

Dalam perlawanan berkenaan, dua jaringan menerusi Arif Aiman Hanapi dan masing-masing satu oleh Romel Morales dan Bergson da Silva kelebihan cukup besar kepada JDT selaku penyandang juara untuk mempertahan trofi Piala Malaysia.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya