Laksanakan segera ‘Financial Fair Play’- TMJ

Laksanakan segera ‘Financial Fair Play’- TMJ

TUNKU Mahkota Ismail berjaya membentuk JDT sebagai pasukan yang digeruni di Liga Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isu tunggakan gaji ketika ini yang menghantui banyak pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) adalah tanggungjawab penuh kelab dan mereka tidak sewajarnya menunding jari kepada pihak lain.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menempelak pihak yang menyalahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) apabila berdepan masalah tunggakan gaji.

Tunku Mahkota Ismail berkata demikian di laman media sosial, X sambil menegaskan bahawa isu gaji pemain menjadi antara faktor penyumbang kepada masalah penyokong kurang berminat untuk hadir ke stadium.

Tegas pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, ‘Financial Fair Play’ perlu diperkenalkan segera selain badan pengadil mesti diletakkan sebagai badan bebas dan bukan di bawah FAM.

“JDT menang, stadium dan padang kurang cantik, pemain pasukan tak dapat gaji, pemain tiada gaji dan tak bersemangat, musim hujan, orang-orang jaga kelab tak peduli dan lain-lain.

“Senang cerita macam ini. Kalau rumah jiran kita cantik dan rumah kita tak terurus, gila ke kita nak bakar seluruh kawasan perumahan? Ibarat rumah tak terurus dan tak cantik, ajak orang ramai-ramai duduk di hutan.

“Sendiri tak bayar gaji salahkan FAM dan MFL. Kenalkan financial (kewangan) fair play dengan segera, badan pengadil mesti independent (bebas) dan bukan di bawah FAM. Tak puas hati juga, bayarlah pengadil luar negara.

“11 tahun macam-macam alasan dan konspirasi. Ibarat pasukan Bundesliga semua ajak ramai-ramai boikot liga kerana tak boleh mencabar Bayern. Pemikiran adalah segala-galanya,” kata Tunku Ismail.

Terdahulu, beberapa pasukan dilaporkan berdepan masalah kewangan yang menyebabkan berlaku isu tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan, ia masih berlarutan hingga ke hari ini tanpa jalan penyelesaian, malah ada yang hutang bayar gaji hingga sembilan bulan.

Selain itu, masalah kekurangan kehadiran penyokong ke stadium dianggap perkara yang merisaukan dalam Liga M ketika ini dan ia turut mempengaruhi kantung kewangan pasukan.

Jika dibandingkan 10 tahun lalu, kehadiran penyokong ke stadium bagi memberi sokongan kepada pasukan-pasukan kegemaran mereka cukup meriah namun selepas 11 tahun saingan Liga M didominasi oleh satu pasukan, ia seolah-olah saingan liga tempatan itu hilang ‘seri’.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya