Khairunnisa Aleeya raih emas acara scratch elit

Khairunnisa Aleeya raih emas acara scratch elit

Pelumba negara, Khairunissa Aleeya Saifulnizam (tengah) menjuarai acara ’Scratch’ Wanita Elit 10km menewaskan pelumba dari Singapura, Valencia Tan (kiri) yang berada di kedudukan kedua dan pelumba Korea, Kim Minjeong di tempat ketiga pada Kejohanan Piala Presiden Siri Trek ASEAN 2025 di Velodrom Nasional Nilai di sini, hari ini. Gambar; MUHAMAD IQBAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI: Pelumba muda negara, Khairunnisa Aleeya Saifulnizam, mencipta kejutan apabila merangkul pingat emas dalam acara scratch elit wanita pada Kejohanan Siri Satu Piala Presiden 2025 yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai, hari ini.

Khairunnisa Aleeya, 21,berjaya memanfaatkan peluang dengan bijak walaupun berdepan saingan sengit daripada beberapa pelumba berpengalaman termasuk Aisyah Zubir, salah seorang jaguh berprofil tinggi dalam acara tersebut.

“Saya tidak sangka dapat mencatat kemenangan ini. Apa yang saya lakukan hanyalah fokus kepada peluang yang ada dan menggunakan segala kekuatan untuk memastikan saya kekal di hadapan,” katanya ketika ditemui selepas perlumbaan.

 Atlet kelahiran Johor itu berkata, beliau mula melakukan percubaan melepaskan diri daripada kelompok utama pada 20 pusingan terakhir perlumbaan, satu langkah yang dikatakan agak mencabar kerana pihak lawan meningkatkan kelajuan di penghujung perlumbaan.

“Secara mental, ia benar-benar menguji. Tetapi saya tahu ini sahaja peluang saya, jadi saya berikan yang terbaik sehingga ke garisan penamat,” tambahnya.

Kemenangan ini dianggap sebagai pencapaian terbesar Khairunnisa dalam kariernya setakat ini, selepas hanya memenangi pingat Emas Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak sebelum ini.

Beliau juga berkongsi bahawa persediaan untuk kejohanan ini memakan masa lebih dua bulan walaupun pernah terhalang akibat kecederaan.

“Saya banyak belajar daripada pelumba seperti Aisyah Zubir yang menjadi inspirasi saya. Setiap kali latihan, saya sentiasa menetapkan sasaran untuk menyaingi beliau,” katanya lagi.

Selepas kejayaan ini, Khairunnisa Aleeya akan memberi tumpuan kepada penyertaan dalam Kejohanan Lumba Basikal Asia(ACC) dan temasya Sukan SEA yang akan datang, dengan acara Omnium menjadi fokus utama beliau.

“Saya akan terus berusaha meningkatkan prestasi saya dan menggunakan pengalaman hari ini sebagai pembakar semangat untuk kejohanan yang lebih besar,” ujarnya penuh optimis.

Dalam pada itu, pingat perak  dirangkul oleh Valencia Tan dari Singapura manakala gangsa  diraih Kim Min Jeong dari Korea Selatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya