Kesilapan berulang punca kegagalan Pearly-Thinaah

Kesilapan berulang punca kegagalan Pearly-Thinaah

Impian Pearly Tan-M. Thinaah untuk melangkah ke final Terbuka India tidak kesampaian apabila tumpas kepada gandingan Korea Selatan di separuh akhir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prestasi yang tidak konsisten dan sering melakukan kesilapan berulang menjadi punca kekalahan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah di tangan Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong pada separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025 di New Delhi, India, semalam.

Gandingan No. 7 dunia itu tunduk kepada pasangan pecah ganding Korea Selatan tersebut 18-21, 18-21 dalam masa 55 minit.

Ketika ditemu bual oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas perlawanan berakhir, Pearly berkata, dia dan Thinaah masih melaku kesilapan sama yang menjadi punca kepada kegagalan mereka.

“Masalah sama masih terjadi, kami tidak bermain secara konsisten dan terlalu gopoh untuk mendapatkan mata,” katanya.

Pemain berusia 25 tahun itu berkata, mereka sepatutnya cuba untuk menikmati keseronokan bermain di separuh akhir, tetapi, malangnya ia tidak berlaku.

“Kami gagal menikmati pertemuan itu dan sering melakukan kesilapan sama berulang-ulang, manakala, lawan pula bermain baik, cuma kami yang tidak melakukan tugas dengan betul,” katanya.

Thinaah yang turut sependapat dengan Pearly pula berkata, kekalahan itu memberi satu lagi pengajaran yang amat bermanfaat untuk mereka bawa ke kejohanan akan datang.

“Kami tidak konsisten, prestasi kami turun dan naik, walau apa pun kami akan terus berjuang untuk kejohanan minggu depan (Indonesia Masters),” katanya yang menghuni ranking No. 7 dunia.

Mengulas mengenai persembahan Hye Jeong-Hee Yong, kata anak jati Klang, Selangor itu, beregu Korea Selatan tersebut merupakan pasangan yang dipecah ganding, walaupun baharu sahaja bermain bersama, tetapi, mereka memiliki kekuatan individu yang menjadi kelebihan pada pertemuan itu.

Sementara itu, dalam aksi beregu campuran, satu lagi wakil Malaysia, pasangan No. 4 dunia, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai turut terkandas di separuh akhir selepas tewas kepada gandingan No. 2 dunia, Jian Zhen Bang-Wei Ya Xin dari China 21-18, 19-21, 9-21 dalam masa 50 minit.

Selepas ditunjukkan jalan keluar, seperti Pearly-Thinaah, Soon Huat-Shevon juga dijangka mengalihkan fokus mereka ke Indonesia Masters yang bermula minggu depan di Jakarta, Indonesia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya