JDT tidak boleh terlalu gembira- Bidoglio

JDT tidak boleh terlalu gembira- Bidoglio

Muhammad Safwan Mazlan (kanan) mengasak Romel Morales pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio mengingatkan anak buahnya untuk tidak terlalu gembira walaupun Harimau Selatan sudah sebelah kaki berada di final Piala Malaysia.

Bekalan empat gol dibawa JDT ke Stadium Sultan Ibrahim bagi aksi separuh akhir kedua pada 1 Februari depan, dianggap cukup selesa selepas mereka menang 4-0 ke atas Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, kelmarin.

Bidoglio mengakui anak buahnya berdepan kesukaran untuk menembusi benteng Terengganu pada awal permainan, namun perubahan taktikal pada separuh masa kedua ternyata berbaloi selepas memperolehi tiga lagi gol.

Jelasnya, pelbagai kemungkinan boleh berlaku jika pemain mengambil mudah biarpun skuadnya kini miliki kelebihan besar menerusi empat jaringan.

“Secara keseluruhannya pertemuan dengan Terengganu adalah lawan yang sukar, tapi pemain kami berjaya mengawal permainan dengan baik melalui kiri dan kanan padang dengan pantas.

“Permainan babak pertama dan kedua tidak banyak beza, kami bertahan dan menyerang untuk mendapatkan jaringan sebelum aksi timbal balik nanti.

“Hasilnya kami mendapat empat jaringan tanpa bolos, tapi saya pesan kepada pemain agar tetap berwaspada pertemuan kedua nanti kerana lawan pasukan yang baik,” kata pengendali berusia 57 tahun dari Argentina itu.

Pada aksi separuh akhir pertama itu, Romel Morales membuka tirai jaringan di babak pertama sebelum tiga lagi jaringan terhasil pada 12 minit terakhir perlawanan menerusi dua gol Arif Aiman Hanapi dan satu disumbangkan Bergson Da Silva.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya