Indonesia pecat Shin Tae Yong

Indonesia pecat Shin Tae Yong

SHIN TAE-YONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) secara rasmi memecat ketua jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Shin Tae Yong.

Pemecatan Tae Yong diumumkan oleh Presiden PSSI, Erick Thohir dalam satu sidang akhbar di Jakarta hari ini.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada pimpinan Tae Yong selama ini. Hubungan saya dengannya sangat baik dan kita lakukan yang terbaik untuk program-program yang diinginkan.

“Namun, sudah ditentukan organisasi pasukan Kebangsaan, yang perlu diberikan perhatian khusus dalam penilaian kami.

“Kami melihat keperluan jurulatih yang boleh menerapkan strategi yang boleh diterapkan pada setiap pemain, komunikasi dan pelaksanaan yang lebih baik,” katanya Erick.

Menurut Erick, Tae Yong sudah dimaklumkan tentang pemecatan itu melalui Ketua Badan Pasukan Kebangsaan (BTN), Sumardji.

“Sumardji sudah mengadakan pertemuan dengannya pagi tadi dan Tae Yong juga telah menerima surat, kini hanya menunggu proses seterusnya mengenai perkara itu,” katanya menurut laporan CNN Indonesia- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya