Harimau Malaya berwajah baharu

Harimau Malaya berwajah baharu

TUNKU Mahkota Ismail bersama CEO Harimau Malaya, Rob Friend (kiri) dan Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan pasukan kebangsaan, Dr. Craig Duncan (kanan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya bakal berwajah baharu apabila dijangka akan dibarisi beberapa pemain warisan menjelang kempen pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 yang akan bermula pada Mac ini.

Menerusi perkongsian di laman sosial Instagram, pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mendedahkan enam hingga tujuh pemain warisan telah dikenalpasti untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.

Dalam masa yang sama, Tunku Mahkota Ismail turut berharap pihak kerajaan dapat memberi kerjasama dengan mempercepatkan proses mendapatkan pasport bagi kesemua pemain tersebut.

“Kami telah mengenal pasti enam hingga tujuh pemain warisan untuk pasukan Harimau Malaya.

“Diharapkan kerajaan Malaysia dapat membantu dalam proses mendapatkan pasport Malaysia agar mereka dapat bermain untuk Harimau Malaya pada kelayakan Piala Asia 2027 mulai bulan Mac ini.

“Mustahak Harimau Malaya memulakan kempen kelayakan dengan keputusan yang positif,” tulisnya.

Bagaimanapun, Tunku Mahkota Ismail tidak menyenaraikan nama kesemua pemain warisan yang telah dikenal pasti itu.

Tunku Mahkota Ismail yang menjadi tulang belakang di sebalik penstrukturan organisasi skuad kebangsaan sebelum ini pernah memberitahu pemantauan akan diteruskan dengan lebih luas untuk membawa pemain warisan yang layak menyertai Harimau Malaya.

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan F bersama juara Piala ASEAN 2024, Vietnam, Laos dan Nepal dan aksi pertama Harimau Malaya adalah menentang Nepal di Kathmandu pada 25 Mac ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya