Fandi bimbang skuad tempang

Fandi bimbang skuad tempang

Aksi pemain Negeri Sembilan FC dan Sri Pahang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sri Pahang FC berisiko kehilangan khidmat Zarif Irfan Hashimuddin dalam aksi menentang Kuala Lumpur City (KL) FC dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, malam ini.

Ini selepas penjaga gol utama Sri Pahang itu mengalami kecederaan di bahagian bahu kanan ketika terikat 1-1 dengan Sabah FC dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia pada minggu lalu.

Situasi itu jelas mendatangkan kebimbangan kepada pengendalinya, Fandi Ahmad namun, skuad Tok Gajah masih mempunyai pengganti yang juga penjaga gol kedua pasukan iaitu Azfar Arif Mohd Sukri.

Difahamkan, penjaga gol berusia 30 tahun itu belum cergas sepenuhnya ekoran bahunya masih lagi terasa sakit walaupun telah turun menjalani latihan seperti biasa bersama pasukan.

Selain berisiko kehilangan khidmat, Zarif Irfan, Fandi juga bimbang dengan kecergasan Kpah Sherman selepas penyerang import dari Liberia itu mengalami demam.

“Sherman kini demam, tetapi dia sudah mula menjalani latihan dan kita akan lihat perkembangannya menjelang aksi malam esok (malam ini)” kata Fandi.

Selain itu, Fandi tidak menafikan akan melakukan beberapa perubahan kerana sedar Tok Gajah mempunyai misi lebih penting menentang Sabah FC pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di laman sendiri pada 2 Febuari depan.

“Sudah pasti kita tak dapat memberi tahu mana posisi yang akan diubah. Insya-Allah kalau tiada halangan atau kecederaan serius, kita yakin akan turunkan kesebelasan yang terbaik untuk melonjak le posisi yang lebih baik, “katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya