FAM perlu lebih baik daripada era Hamidin

FAM perlu lebih baik daripada era Hamidin

JOEHARI (tengah) bakal mengisi jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas menjadi individu tunggal yang layak merebut jawatan berkenaan pada Kongres FAm pada 15 Februari depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harapan tinggi dan cabaran besar perlu digalas oleh barisan kepimpinan baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bakal diketuai oleh Datuk Mohd. Joehari Mohd Ayub.

Joehari akan diumumkan menang tanpa bertanding dalamn kongres pemilihan FAM pada 15 Februari depan selepas beliau menjadi calon tunggal bagi merebut jawatan No.1 badan induk bola sepak negara.

Dengan adanya revolusi Harimau Malaya yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan kebangsaan, Robert Friend, pastinya ia sedikit sebanyak mengurangkan bebanan tugas FAM.

Justeru, badan induk itu perlu menumpukan kepada perkara lain antaranya memastikan isu tunggakan gaji dapat dikawal, tidak seperti yang dihadapi sebahagian pasukan Liga Super, Liga A1 dan pasukan-pasukan bola sepak lain pada musim ini.

Dalam masa sama, FAM perlu menyeru Persatuan Bolasepak (FA) bagi memantapkan program akar umbi dalam melahirkan lebih ramai pemain-pemain berbakat dengan tidak menyerahkan sepenuhnya tugas itu kepada sekolah-sekolah sukan, Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) sahaja.

Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, Joehari mempunyai kemampuan dan kekuatan untuk memimpin FAM ke tahap lebih baik.

Beliau menaruh harapan untuk melihat barisan kepemimpinan baharu FAM yang akan diketuai Joehari dapat meraih pencapaian lebih baik daripada apa yang sudah dilakukan tampuk pentadbiran di bawah Tan Sri Hamidin Mohd,. Amin sebelum ini.

Malah, Jamal memohon semua pihak dapat memberi ruang dan peluang yang secukupnya untuk barisan kepemimpinan baharu nanti melakukan tugas bagi membawa perubahan kepada sukan bola sepak negara.

Katanya, kehadiran bekas pemain, Datuk Dollah Salleh dan Datuk Zainal Abidin Hassan juga bakal menjadi nilai tambah dalam kepemimpinan baharu FAM sekiranya mereka memenangi jawatan yang ditandingi.

“Saya nampak Hamidin sudah buat yang terbaik, jadi saya harap Joehari boleh buat lebih baik. Saya yakin beliau boleh sebab saya duduk dalam Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan bersama beliau, saya tengok beliau ada kaliber.

“Pada saya, beliau boleh jadi presiden yang bagus dan berharap dengan perubahan ini kita akan tengok FAM lebih menonjol. Walaupun Hamidin banyak jasa, saya rasa perubahan ini satu momentum untuk kita bergerak ke depan lagi.

“Bola sepak adalah proses pembelajaran yang panjang, bukan kata main hari ini, esok sudah pandai. Begitu juga pentadbiran, jadi saya yakin dan percaya barisan yang diketuai Mohd Joehari sudah tengok kelemahan lalu dan akan perbetulkan,” katanya.

Selain Joehari, dua Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi dan Datuk S. Sivasundaram juga bakal menang tanpa bertanding, sekali gus mempertahankan jawatan No.2 itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya