FAM kena lindungi pemain

FAM kena lindungi pemain

FAM bakal diterajui oleh Datuk Joehari Mohb Ayub selepas kongresn badan induk itu pada 15 Februari depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan kepimpinan baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bakal diketuai Datuk Joehari Mohd. Ayub perlu melihat masalah besar yang melanda Liga Malaysia (Liga M) ketika ini iaitu masalah tunggakan gaji.

Antara perkara utama yang perlu dilakukan ialah mewujudkan statut atau undang-undang khas untuk melindungi maklumat pengadu selepas pemain membuat laporan kepada badan induk itu berhubung masalah tunggakan gaji yang melanda pasukan.

Difahamkan ketika ini tidak wujud apa-apa statut khas oleh FAM untuk lindungi maklumat pengadu, sekali gus menyebabkan ramai pemain yang berdepan masalah tunggakan gaji tidak berani untuk membuat laporan kerana bimbang maklumat terdedah.

Rata-rata pemain yang terlibat juga bimbang nama disenarai hitam dan masa depan dalam arena bola sepak profesional berakhir sekiranya mereka tampil membuat aduan berhubung masalah yang dihadapi biarpun tunggakan mencecah berbulan-bulan.

Sebelum ini, biarpun pemain yang membuat laporan rasmi kepada FAM ataupun Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) ‘dikatakan’ dilindungi maklumat mereka daripada terdedah namun pada akhirnya, perkara itu tetap bocor serta diketahui oleh kelab terbabit.

“Saya nak main bola lama lagi, kalau saya buat laporan rasmi tentang masalah gaji mungkin kerjaya saya sebagai pemain bola sepak profesional akan berakhir.

“Saya baru beberapa tahun menjadi pemain Liga Super dan sering dengar kalau belum ada nama atau jadi bintang, jika buat laporan rasmi tentang gaji tertunggak, sukar mendapat tempat dengan pasukan lain.

“Walaupun FAM dan PFAM sentiasa beritahu pemain perlu buat laporan rasmi namun tiada jaminan mereka beri untuk pastikan nama tidak terdedah kepada kelab yang dilaporkan atau kelab lain,” katanya seorang pemain kepada kepada Utusan Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya