Dr. Craig galas jawatan Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan

Dr. Craig Duncan galas jawatan Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Harimau Malaya

Dr. Craig Duncan dari Australia dilantik sebagai Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan pasukan kebangsaan.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan Dr. Craig Duncan dari Australia sebagai Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan pasukan kebangsaan.

Jawatan itu merupakan salah satu posisi utama dalam struktur organisasi baharu bagi projek revolusi skuad Harimau Malaya yang sedang direncakan oleh badan induk bola sepak negara.

FAM dalam satu kenyataan berkata, Duncan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Performance Intelligence Agency selama 15 tahun sejak dari 2009 hingga kini.

“Beliau turut pernah menjadi Ketua Sains Sukan di Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA) selama empat tahun dari 2014 hingga 2018.

“Duncan juga merupakan Pensyarah Kanan Senaman dan Sains Sukan di Australian Catholic University (ACU) sejak 2013 hingga kini yang mana beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Sains Sukan dan Senaman dari University of Sydney dan Ijazah Sarjana Kepimpinan dari Deakin University.

“Beliau juga merupakan Penasihat di Elite Performance Partners sejak dari 2021 hingga kini,” kata FAM dalam kenyataan tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya