Djokovic mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia

Djokovic mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia

NOVAK DJOKOVIC - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Novak Djokovic mara ke pusingan Ketika Terbuka Australia selepas menundukkan pemain kelayakan dari Portugal, Jaime Faria 6-1. 6-7 (4/7), 6-3, 6-2 di Rod Laver Arena, hari ini.

Kemenangan itu juga menyaksikan Djokovic mengatasi rekod Roger Federer selaku pemain yang paling banyak beraksi dalam perlawanan perseorangan Grand Slam.

Ia adalah pertandingan Slam ke-430 Djokovic untuk unggul didepan bagi perlawanan perseorangan terbanyak yang dimainkan dalam kategoti lelaki atau wanita, mendahului Federer (429) dan Serena Williams (423).

Dengan kemenangan ke atas wakil Portugal itu, Djokovic akan berdepan pemain pilihan ke-26 Republik Czech, Tomas Macac, esok.

“Saya suka sukan ini, saya suka persaingan. Saya cuba memberikan yang terbaik setiap masa, sudah lebih 20 tahun saya bertanding dalam Grand Slam di peringkat tertinggi.

“Sama ada saya menang atau kalah, saya akan sentiasa meninggalkan hati saya di gelanggang. Saya hanya diberkati untuk membuat satu lagi rekod,” kata Djokovic, yang mara ke pusingan ketiga di Melbourne untuk tahun ke-17 berturut-turut.

Djokovic diberi ketakutan pada pusingan pertama oleh pemain Amerika Syarikat (AS), Nishesh Basavareddy, di ranking ke-107, yang turut berlarutan dalam aksi empat set.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya