Demam tidak menghalang Soon Huat-Shevon ke suku akhir

Demam tidak menghalang Soon Huat-Shevon ke suku akhir

AKSI pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai ketika menentang pasangan India, Karunakaran Satish Kumar-Aadya Variyath pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025, di Axiata Arena, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu campuran No. 6 dunia, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai turut menempah laluan ke suku akhir selepas menewaskan gandingan India, K. Sathish Kumar-Aadya Variyath pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 di Axiata Arena, sebentar tadi,

Walaupun Shevon terpaksa berdepan masalah kesihatan kerana demam, beregu No. 2 negara itu masih mampu mencatat kemenangan straight set 21-10, 21-17 ke atas beregu ke-34 dunia tersebut.

Pada suku akhir, esok, beregu No. 11 dunia dari China, Cheng Xing-Zhang Chi menanti Soon Huat-Shevon dan rekod pertemuan kedua-dua pasangan terikat dengan keputusan 2-2.

Namun begitu, kelebihan psikologi berpihak kepada gandingan suami isteri itu kerana pertemuan terakhir mereka berpihak kepada Soon Huat-Shevon yang menewaskan Cheng Xing-Zhang Chi 21-18, 21-18 pada separuh akhir Terbuka China, tahun lalu.

Soon Huat berkata, berdepan dengan pasangan China di suku akhir, esok, tidak mudah, dia dan Shevon perlu benar-benar bersedia terutama dari segi mental dan fizikal.

“Beregu China ini masih muda dan mereka terkenal dengan gaya permainan yang laju serta memiliki kekuatan fizikal.

“Kita kena lakukan persediaan serta cuba kejar kelajuan mereka dan dari situ kita cuba masukkan strategi yang dirancang nanti,” katanya.

Mengulas mengenai kemenangan ke atas beregu India, Soon Huat berkata, satu kemenangan mudah dalam set pertama, tetapi, dalam set berikut lawan sudah mula dapat membaca corak permainan mereka, tetapi, pengalaman memisahkan kedua-dua beregu.

Sementara itu, Shevon pula mendedahkan dia terpaksa bermain dalam keadaan kesihatannya yang tidak begitu baik.

“Sudah beberapa hari saya tak sihat…saya demam, tetapi, hari ini baru terasa semakin baik dan saya memerlukan masa untuk dapatkan kembali rentak permainan di dalam gelanggang,” katanya.

Bercakap tentang suku akhir, Shevon berkata, kemenangan ke atas Cheng Xing-Zhang Chi pada Terbuka China memberi kelebihan psikologi, tetapi walau apapun setiap gelanggang tidak sama dan persediaan mental serta fizikal perlu dilakukan agar hanya aksi yang konsisten dapat dipersembahkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya