Bournemouth tamatkan aksi cemerlang Newcastle

Bournemouth tamatkan aksi cemerlang Newcastle

JUSTIN Kluivert (kiri) diraikan rakan sepasukan selepas menjaringkan gol ketika berdepan Newcastle dalam aksi Liga Perdana Inggeris.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEWCASTLE: Newcastle United gagal meneruskan rentak cemerlang di Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tumbang 4-1 kepada Bournemouth di laman sendiri, malam ini.

Pemain tengah Bournemouth, Justin Kluivert meledak hatrik untuk menamatkan catatan enam kemenangan berturut-turut Newcastle dalam saingan EPL musim ini.

Dalam perlawanan itu, Alexander Isak juga gagal meledak sebarang gol untuk Newcastle selepas menjaringkan gol dalam lapan perlawanan liga berturut-turut, sebelum ini.

Kemenangan itu melonjakkan Bournemouth ke tangga keenam liga dengan 37 mata, di belakang pasukan tangga kelima Chelsea menerusi perbezaan jaringan.

Newcastle pula kekal di tangga keempat dengan 38 mata selepas 22 perlawanan.

Kluivert meletakkan Bournemouth di depan pada minit keenam, namun Newcastle berjaya menyamakan kedudukan menerusi Bruno Guimaraes pada minit ke-25.

Sebelum wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan, Kluivert meledak sekali lagi meledak untuk Bournemouth memasuki bilik rsalinan dengan kelebihan 2-1.

Pada separuh masa kedua, Kluivert meledak gol ketiga menarik pada minit kedua masa kecederaan sebelum Milos Kerkez melengkapkan kemenangan besar itu pada minit ke-96. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya