BAM sudah labur besar, tiada lagi alasan gagal

BAM sudah labur besar, tiada lagi alasan gagal

BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tunduk kepada pasangan Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen 14-21, 18-21 pada aksi pusingan kedua Terbuka Malaysia 2025 di Axiata Arena. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) enggan bertoleransi dengan pemain yang dibawah badan induk itu sekiranya terus gagal memberi keputusan yang diharapkan termasuk atlet bintang yang ada ketika ini.

Pemangku Presiden BAM Datuk V. Subramaniam berkata, badan induk itu sudah membuat pelaburan besar termasuk membawa jurulatih berprofil tinggi seperti Kenneth Jonassen sebagai ketua jurulatih perseorangan manakala Herry Iman Pierngadi mengendali beregu lelaki.

Menurutnya, dengan membawa jurulatih berpengalaman seperti ini, seharusnya tidak ada alasan bagi pemain yang tidak mempersembahkan aksi terbaik pada kejohanan antarabangsa yang disertai.

“Berkenaan perbelanjaan ianya sebenarnya satu pelaburan seperti membawa masuk jurulatih berprofil tinggi yang dibayar gaji lumayan. Kami juga bayar gaji pemain dengan cukup baik.

“Kami enggan mendengar sebarang alasan, tindakan tegas akan diambil sekiranya pemain masih menghasilkan keputusan yang bukan diharapkan.

“Jurulatih perlu nilai sama ada pemain bermain dengan baik atau tidak. Kami akan mendengar cadangan daripada jurulatih mengenai tindakan yang perlu diambil,” kata Subramaniam pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Ahli Majlis BAM di Axiata Arena, semalam.

Subramaniam turut mengingatkan pemain bintang dalam skuad kebangsaan agar tidak menggunakan BAM sebagai alat untuk mendapatkan penaja dengan anggapan badan induk itu tidak dapat tajaan tanpa kehadiran mereka.

Beliau menegaskan terdapat beberapa pemain yang berfikiran seperti itu, namun BAM sudah memiliki perancangan dan pendekatan tersendiri dalam mengembangkan sukan badminton di Malaysia.

“Ada pemain berfikiran begitu yang mana mereka (pemain bintang) ingat kalau mereka tiada, BAM tidak boleh mendapat penaja.

“Kami ada langkah lain untuk memperhebatkan lagi program pembangunan. Jadi mereka tidak boleh jadikan kami sebagai ‘tebusan’. Mereka harus capai keputusan terbaik bukan untuk kami, namun untuk negara juga,” katanya lagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya