Azriyn-Wee Kiong wakil Malaysia terakhir ke pusingan kedua

Azriyn-Wee Kiong wakil Malaysia terakhir ke pusingan kedua

AKSI pasangan beregu lelaki negara, Nur Muhd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong ketika menentang pasangan China, Xie Hao Nan-Zeng Wei Han pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025, di Axiata Arena, di sini, semalam. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional, Nur Mohd Azriyn Ayub Azryin-Tan Wee Kiong muncul wakil ketujuh negara mengesahkan slot ke peringkat 16 terbaik pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.

Gandingan yang menghuni ranking No. 32 dunia itu menewaskan pasangan China, Xie Hao Nan-Zeng Wei Han 21-15, 12-21, 21-18 pada pusingan pertama.

Selain Azriyn-Wee Kiong, tiga lagi beregu lelaki Malaysia yang akan meneruskan perjuangan, esok, adalah Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

Dalam saingan beregu wanita, Vivian Hoh-Lim Chiew Sien menjadi wakil tunggal negara berjaya ke pusingan kedua.

Sementara untuk aksi beregu campuran, Malaysia mempunyai dua wakil iaitu Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai.

Dalam pada itu, beregu remaja negara yang baharu berusia 18 tahun, Ong Xin Yee-Carmen Ting gagal menyaingi pengalaman gandingan No. 22 dunia, Sung Shuo Yun-Yu Chien Hui dari Taiwan selepas kalah straight set 15-21, 15-21 dalam masa 39 minit.

AKSI pasangan beregu wanita negara, Ong Xin Yee-Carmen Ting ketika menentang pasangan Taiwan, Sung Shuo Yun-Yu Chien Hui pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025, di Axiata Arena, di sini, semalam. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

Xin Yee-Carmen yang menghuni ranking ke-125 dunia melakukan penampilan sulung pada Terbuka Malaysia yang memiliki status Super 1,000 iaitu kejohanan bertaraf Grand Slam bagi sukan badminton. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya