AGM PHKL kecoh, terpaksa ditangguhkan

AGM PHKL kecoh, terpaksa ditangguhkan

PENYANDANG Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL), I Vikneswaran ketika ditemui media selepas dia terpaksa mengambil keputusan untuk menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu berikutan berlakunya kekecohan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyandang Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL), I Vikneswaran membuat keputusan untuk menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu selepas berlaku kekecohan, semalam.

Penangguhan itu dibuat setelah Vikneswaran mengambil kira faktor keselamatan ahli gabungannya malah berkata laporan akan dihantar kepada Pesuruhjaya Sukan (PJS) sebagai langkah terbaik bagi menentukan status AGM badan induk tersebut.

“Ini bukan jalan terakhir, tetapi jalan terbaik kerana jika kita ada mesyuarat lain, ia akan berlaku seperti ini lagi.

“Jadi, ia akan membuang masa semua orang dan membazir masa kita untuk bersiap sedia, membazir masa ahli gabungan, media dan semua orang. Jadi, yang terbaik adalah saya beri kepada PJS, biar PJS buat keputusan,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

Vikneswaran turut menafikan dia telah memanggil kaki pukul hadir ke mesyuarat tersebut sebaliknya menegaskan individu terbabit telah diamanahkan untuk memastikan AGM berlangsung dengan aman.

Terdahulu, situasi tegang berlaku apabila difahamkan pencabar utama calon Presiden PHKL, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin dan beberapa ahli yang lain tidak dibenarkan masuk ke mesyuarat tersebut.

Pertengkaran berlaku selama hampir 10 minit sebelum keadaan kembali tenang seketika dan Megat dibenarkan masuk setelah mendapat kebenaran.

Katanya lagi, senarai kehadiran turut disediakan dan jika nama mana-mana individu tiada bermakna mereka tidak boleh menghadirinya.

Sementara itu, Megat berasa hairan selepas namanya tiada dalam senarai pendaftaran sekali gus menyebabkan dia dihalang daripada menghadiri mesyuarat tersebut.

“Saya telah berada dalam persatuan ini sejak 2019, bukan saya sahaja tetapi ahli gabungan yang lain juga tidak dapat masuk ke dalam dewan. Saya tidak faham kenapa perlu menghalang orang dan saya berharap perkara yang tidak sihat ini tidak berlaku,” katanya.

Sebagai rekod, Vikneswaran membuat laporan polis pada Rabu lalu selepas terdapat isu pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan dipercayai dilakukan oleh Persatuan Pendidikan Sukan Hoki Kuala Lumpur yang diterajui oleh Megat.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya