Wajah baharu Harimau Malaya?

Wajah baharu Harimau Malaya?

ANTARA pemain-pemain luar negara yang dikaitkan dengan skuad Harimau Malaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada lagi istilah ‘anak jati’ Malaysia dalam skuad Harimau Malaya selepas ini apabila skuad kebangsaan bakal mempertaruhkan lebih ramai pemain berdarah kacukan atau warisan dalam skuad negara.

Revolusi Harimau Malaya pastinya menjanjikan sesuatu yang menarik untuk perkembangan bola sepak Malaysia dengan nama pengendali baharu skuad kebangsaan, Peter Cklamovski dari Australia telah diumumkan, kelmarin.

Menggunakan pemain warisan sebenarnya bukan perkara baharu dalam dunia bola sepak kerana negara-negara kuasa besar juga turut menggunakan pendekatan sama untuk menguatkan pasukan masing-masing.

Ketika ini terdapat beberapa pemain yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Malaysia termasuk pemain Chelsea berusia 26 tahun, Kiernan Dewsbury-Hall dan Marcus Tavernier yang beraksi bersama Bournemouth.

Selain itu, pemain Burnley FC, Josh Brownhill dan Zian Flemming, Jamie Shackleton (Sheffield United), Taylor Moore (Bristol Rovers), Harvey Knibbs (Reading FC) dan Andy Smith (Hull City) turut berada dalam senarai.

Sebelum ini, pencetus idea revolusi Harimau Malaya, Tunku Mahkota Ismail mengesahkan akan mengadakan berjumpa dengan wakil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi mendapatkan data pemain warisan Malaysia yang bermain di luar negara.

Sekiranya usaha berkenaan membuahkan hasil, peminat bola sepak tempatan bakal menyaksikan ‘wajah baharu’ Harimau Malaya yang dibarisi pemain-pemain warisan yang berkualiti untuk bersaing di peringkat tertinggi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya