Tiada rezeki Malaysia menang

Tiada rezeki Malaysia menang

HAQIMI Azim Rosli dihalang kapten Singapura, Safwan Baharudin dalam aksi menentang Singapura, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyerang skuad kebangsaan, Haqimi Azim Rosli mengakui sedih dan kecewa selepas gagal membantu Malaysia mara ke separuh akhir Piala ASEAN 2024 apabila seri 0-0 dengan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Pada aksi terakhir Kumpulan A itu, skuad Harimau Malaya wajib menang ketika Singapura hanya perlu seri untuk mengiringi Thailand ke pusingan empat terbaik.

Deretan peluang demi peluang dicipta selain palang turut menjadi penghalang untuk membolehkan Malaysia mencipta kemenangan pada perlawanan itu.

“Tiada rezeki Malaysia menang di laman sendiri. Kami telah bermain dengan baik namun kemenangan tidak memihak kami.

“Terima kasih kepada semua yang hadir ke stadium memberikan sokongan kepada Harimau Malaya. Saya amat kecewa kerana gagal menjaringkan gol dalam situasi satu lawan satu, saya berharap penyokong dapat menerima keputusan yang kami peroleh dalam perlawanan ini.

“Kami meminta maaf kepada Pau Marti (Vicente) dan staf kejurulatihan kerana tidak dapat membawa pasukan ke separuh akhir,” kata pemain Kuala Lumpur City itu.

Malaysia menamatkan saingan Kumpulan A Piala ASEAN 2024 di tangga ketiga selepas mengutip lima mata manakala Thailand gah sebagai juara kumpulan dengan memenangi semua perlawanan bagi mengutip 12 mata manakala Singapura di kedudukan kedua (tujuh mata).

Beberapa edisi sebelum ini, skuad Harimau Malaya tidak dapat menggunakan pemain utama dalam kejohanan itu berikutan pertandingan berkenaan tidak berada di dalam kalender FIFA sekali gus memberi hak mutlak untuk kelab-kelab melepaskan pemain mereka untuk mewakili negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya