TFC lega layak ke suku akhir Piala Malaysia

TFC lega layak ke suku akhir Piala Malaysia

AKSI Terengganu FC menentang Melaka berlangsung dalam keadaan hujan lebat di Stadium Sultan Mizan zainal abidin, kelmarin.-IHSAN TFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali memuji semangat juang anak-anak buahnya meskipun beraksi dalam hujan lebat ketika menentang Melaka FC, kelmarin

Beliau berkata, meskipun tiada jaringan berjaya dilakukan, permainan lincah dipamerkan Skuad Penyu hingga berjaya menempah slot perlawanan suku akhir Piala Malaysia itu amat melegakan.

Menurutnya, hujan lebat disebabkan musim tengkujuh menyebabkan fokus anak buahnya agak terganggu kerana terpaksa bermain dalam keadaan padang yang lecak di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

“Tahniah kepada semua pemain walaupun agak sukar beraksi sepanjang permainan disebabkan hujan lebat.

“Bagi saya, berjaya ke suku akhir adalah satu pencapaian yang baik dan kita akan terus memberi fokus untuk bertemu Negeri Sembilan selepas ini,” katanya.

Naib juara Piala Malaysia musim lalu itu bakal berdepan dengan Negeri Sembilan bagi aksi suku akhir selepas berjaya mengatasi Melaka FC dengan agregat 4-1.

Skuad Penyu memiliki deretan peluang dimiliki Muhammad Safwan Mazlan, Safawi Rasid, Akhyar Rasid dan pemain import Nelson Wilfredo Bonnilla, namun gagal memecah kebuntuan menerjah gawang Melaka FC.

Dalam pada itu, Badrul Afzan yang juga bekas pemain tengah Terengganu memuji mutu permainan yang diperagakan Engku Nur Shakir Engku Yacob pada perlawanan tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya