Sze Fei-Izzuddin naib juara Jelajah Dunia Akhir

Sze Fei-Izzuddin naib juara Jelajah Dunia Akhir

GOH Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani muncul naib juara Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2024 selepas tumpas kepada wakil Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Impian beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani untuk bergelar juara Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2024 tidak kesampaian apabila tumpas kepada wakil Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China, hari ini.

Sze Fei-Izzuddin yang bakal melonjak ke ranking No. 3 dunia, minggu depan tunduk 17-21, 21-17, 11-21 dalam masa 1 jam 5 minit kepada pasangan veteran itu.

Kekalahan itu juga menyaksikan masih belum ada lagi wakil Malaysia yang berjaya menjulang gelaran pada kejohanan penutup musim tersebut yang diperkenalkan sejak 2018 dalam semua kategori.

Malah, kegagalan Sze Fei-Izzuddin turut melebarkan rekod kemenangan Astrup-Rasmussen ke atas mereka menjadi 8-2.

Selaku naib juara, Sze Fei-Izzuddin yang bakal merampas gelaran beregu lelaki No. 1 negara daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$100,000 (RM445,089) beserta trofi dan pingat perak.

Walaupun tewas, daripada sudut pandangan yang lebih positif menjelang Terbuka Malaysia pada Januari tahun depan, cabaran wakil negara khususnya dalam saingan beregu lelaki dan campuran dijangka berlangsung lebih menarik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya