Stadium SNBJ ‘sunyi sepi’

Stadium Bukit Jalil ‘sunyi sepi’?

Suasana hambar di pekarangan stadium sebelum perlawanan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 Malaysia menentang Timor Leste, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang biasanya riuh dengan kehadiran puluhan ribu penyokong Harimau Malaya kelihatan ‘sunyi’ menjelang aksi menentang Timor Leste, malam ini.

Tinjauan yang dilakukan pada pukul 7 malam di pekarangan SBJN mendapati, persekitaran stadium sedikit lengang selain jumlah peniaga agak kurang berbanding kebiasaan ketika ada perlawanan membabitkan Harimau Malaya.

Difahamkan, setakat pukul 6 petang tadi, sebanyak 4,000 keping tiket telah terjual bagi aksi Harimau Malaya menentang Timor Leste, malam ini yang juga perlawanan kedua bagi kedua-dua pasukan dalam kempen Piala ASEAN 2024.

Faktor hujan pada sebelah petang selain perlawanan yang berlangsung pada hari bekerja mungkin merencatkan hasrat penyokong meskipun Selangor menikmati hari cuti susulan Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Situasi itu diakui penyokong setia Harimau Malaya, M Kamal Hassan, 58, namun dia optimis kehadiran penyokong dijangka meningkat pada perlawanan menentang Singapura pada 20 Disember ini.

“Mungkin lengang kerana perlawanan berlangsung pada hari bekerja dan juga lawan Malaysia yang kurang mencabar iaitu Timor Leste.

“Tetapi kalau perlawanan menentang Singapura nanti menjadi penentu ke separuh akhir, mungkin suasana akan berubah,” katanya yang hadir bersama isterinya, Faizah Mohd Deli, 53.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya