Sabah idam slot final Piala Malaysia

Sabah idam slot final Piala Malaysia

PENJAGA gol Sabah FC, Damien Lim (kanan) keluar daripada posisinya ketika mahu menyelamatkan pintu gawangnya daripada dibolosi lawan ketika aksi suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Kuching City FC di Stadium Likas di Kota Kinabalu, kelmarin.- IHSAN SABAH FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sabah FC memasang impian untuk melangkah ke final Piala Malaysia selepas mengesahkan tempat ke separuh akhir.

Skuad Sang Badak ke separuh akhir selepas menumpaskan seteru ‘Borneo’, Kuching City FC 1-0 secara agregat di peringkat suku akhir, kelmarin.

Kelebihan menang 1-0 dalam perlawanan pertama memberi kelebihan buat anak-anak buah Martin Stano selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam aksi timbal balik.

Dalam masa yang sama, Stano mengakui pemainnya berhak untuk berada dalam kelompok empat kelab terbaik kejohanan bola sepak tertua di Malaysia pada musim ini.

Stano berkata, pujian juga wajar diberikan kepada bekas pengendali, Datuk Ong Kim Swee yang turut berperanan membentuk pasukan ini bersama-sama sejak musim 2021.

“Jurulatih datang dan pergi dalam mana-mana kelab seluruh dunia dan ini adalah lumrah bola sepak. Namun, pujian wajar diberikan kepada Kim Swee kerana dia membentuk pasukan ini sejak tiga tahun lalu.

“Kami sedar pasukan ini memiliki potensi besar dan buat masa ini, kita tidak mencapai sebarang kejayaan lagi. Cuma, harapan kami cukup besar untuk mara sejauh mungkin pada kejohanan ini,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan di Stadium Likas itu, Stano mengakui pasukannya bernasib baik dengan pujian wajar diberikan kepada Kuching City yang memberikan tentangan sengit sepanjang 90 minit perlawanan.

“Seperti dijangka, ini adalah perlawanan yang sukar kerana kelebihan 1-0 yang kita miliki pada aksi lepas tidak begitu besar dan saya katakan kepada pemain anggap sahaja kita bermula dengan keputusan 0-0.

“Pada separuh masa pertama, kita berusaha untuk memburu gol tetapi babak kedua, pasukan dilihat sedikit bertahan dengan Kuching mendominasi saingan.

“Apa yang penting, kita dapat kekalkan keputusan dan mara ke separuh akhir,” katanya.

Skuad Sabah FC dijadual bertemu Sri Pahang pada bulan depan dalam misi memburu pentas final Piala Malaysia pertama sejak edisi 2003.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya