Rob Friend dilantik sebagai CEO Harimau Malaya

Rob Friend dilantik sebagai CEO Harimau Malaya

ROBERT Douglas Friend diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan kebangsaan-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan bekas pemain Kanada, Robert Douglas Friend sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan kebangsaan.

Lebih dikenali sebagai Rob Friend, bekas penyerang Borussia Monchengladbach, Hertha Berlin dan Eintracht Frankfurt itu akan menjadi peneraju utama dalam struktur organisasi baharu bagi revolusi Harimau Malaya.

“Bersama pasukan kebangsaan Kanada pula, Rob Friend telah melakukan sebanyak 32 penampilan antarabangsa bermula dari 2003 ketika berusia 22 tahun sehingga 2011 ketika beliau berusia 30 tahun.

“Berasal dari Rosetown, Saskatchewan, Kanada, Rob Friend yang bakal berusia 44 tahun pada 23 Januari depan hadir dengan portfolio hebat menerusi penglibatannya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran bola sepak selepas beliau bersara sebagai pemain pada Disember 2014.

“Rob Friend bermula sebagai rakan kongsi pengurusan di DRG Investment Group, sebuah syarikat pelaburan dan pengurusan hartanah dari 2014 sehingga kini.

“Kemudian dari 2017 hingga 2021, beliau menjadi pengasas Toca Football Canada, teknologi latihan khusus bola sepak dan keluar dengan penuh berjaya apabila peningkatan modal syarikat berkenaan mencecah AS$150 juta,” kata FAM dalam satu kenyataan.

Menurut FAM, bermula 2019 hingga sekarang, Rob Friend merupakan rakan kongsi pengurusan di SixFive Sports Fund, badan pelaburan dalam bola sepak profesional dan infrastruktur melalui pemilikan kelab, stadium dan pembangunan kemudahan latihan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN