Perlu menang ke atas pasukan ranking lebih tinggi

Perlu menang ke atas pasukan ranking lebih tinggi

KESEBELASAN utama Harimau Malaya ketika menentang New Zealand di Stadium North Harbour pada November lalu.- IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak mustahil untuk skuad Harimau Malaya kembali berada di kedudukan ranking ke-100 terbaik dunia, namun bagi merealisasikan sasaran itu, ia memerlukan tempoh minimum dua tahun dengan perancangan sistematik daripada pengurusan skuad kebangsaan.

Dalam masa sama, pasukan dibentuk kelak perlu dibarisi pemain terbaik yang dimiliki negara selain Harimau Malaya perlu meraih kemenangan dalam perlawanan persahabatan kelas ‘A’ dengan pasukan-pasukan di kedudukan lebih baik daripada Malaysia.

Bekas pengendali skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan berkata, dengan revolusi Harimau Malaya dicetus oleh Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sasaran berkenaan pasti mampu dicapai.

Jelasnya, perkara utama adalah tidak lagi mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan yang berada di ranking lebih rendah bagi memastikan skuad kebangsaan mengutip mata lebih tinggi dalam mempercepatkan pendakian ke kedudukan lebih baik.

Wan Jamak turut mengakui kemasukan pemain naturalisasi dan warisan berkualiti merupakan salah satu cara untuk mempercepatkan usaha berada di ranking lebih baik, ia juga pernah diguna pakai oleh banyak negara.

“Untuk mencapai kedudukan itu tentunya kita perlu lawan dengan pasukan di ranking lebih tinggi daripada kita dan menang perlawanan itu. Aksi itu perlu dapat pengiktirafan daripada FIFA.

“Berapa tahun untuk berjaya berada di kedudukan 100 terbaik saya tidak pasti tetapi peranan utama adalah pihak pengurusan skuad kebangsaan adalah memilih perlawanan-perlawanan yang mampu memberi mata maksimum dalam membantu melonjak kedudukan ranking.

“Dengan kemasukan pemain-pemain naturalisasi, pemain warisan mungkin ini adalah salah satu cara terbaik untuk kita cepat dalam meningkatkan prestasi skuad negara. Jadi perkara itu telah dilakukan oleh banyak negara,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Untuk rekod, ranking tertinggi yang pernah dicapai Malaysia adalah pada tahun 1993 iaitu di tangga ke-75 dunia sebelum mengalami penurunan dan kini skuad kebangsaan berada di ranking ke-132.

Sementara itu, jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim berpendapat tempoh dua tahun perlu diberikan kepada barisan kejurulatihan diketuai Peter Cklamovski untuk mencapai sasaran ditetapkan dan ia adalah jangka masa minimum.

“Sekurang-kurang minimum dua tahun diberikan kepada jurulatih baharu ini untuk capai sasaran ditetapkan. Jangan tempoh setahun dia gagal, kita sudah buang. Nanti bertukar jurulatih sahajalah.

“Pihak pengurusan Harimau Malaya juga perlu bijak mencatur strategi dalam memilih pemain dan pasukan lawan bagi memastikan kemenangan mampu diraih dalam setiap perlawanan.

“Selain perlawanan kelas A dengan pasukan ranking lebih tinggi dan menang, semua kelab juga harus bersedia lepaskan pemain terbaik mereka untuk berkhidmat dengan pasukan negara,” jelasnya yang pernah bekerjasama dengan Wan Jamak ketika membawa pasukan negara pada tahun 1996-1997, dimana kedudukan Malaysia 113 dunia.

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya