Pemain warisan kuatkan Harimau Malaya

Pemain warisan bakal kuatkan Harimau Malaya

Pemain Chelsea, Kiernan Dewsbury-Hall (kiri) antara nama yang hangat dikaitkan dengan Harimau Malaya- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harimau Malaya dijangka berubah wajah selepas ini apabila bakal menggunakan lebih ramai pemain berdarah kacukan untuk mewakili skuad kebangsaan.

Biarpun usaha itu bakal menimbulkan suasana ‘tidak senang’ dalam kalangan peminat bola sepak tempatan, namun ia antara langkah terbaik untuk menguatkan Harimau Malaya.

Tiada lagi istilah ‘anak jati’ dalam dunia bola sepak moden kerana negara-negara kuasa besar k juga turut menggunakan pendekatan sama untuk menguatkan pasukan masing-masing.

Pemerhati bola sepak tempatan, Sulaiman Hussin berkata, tiada masalah untuk menggunakan pemain warisan, namun pemain yang dipilih perlu menepati syarat yang ditetapkan.

“Usaha yang dilakukan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dapat mengurangkan kekeliruan peminat terhadap pemain yang mempunyai darah warisan Malaysia.

“Ini langkah bijak kerana dapat memastikan pemain yang cukup syarat untuk mewakili skuad kebangsaan. Jadi, kita tidak dengar lagi cakap orang yang mengatakan seseorang pemain itu mempunyai kaitan dengan Malaysia tetapi pada akhirnya dia tidak layak.

“Tunku Mahkota Ismail melakukan kerja rumah dengan baik kerana beliau mahu pastikan pemain yang dikenalpasti dapat memberi sumbangan kepada revolusi bola sepak tempatan.

“Itu bermakna, pencarian pemain warisan sudah tidak bergantung kepada orang luar kerana Tunku Mahkota Ismail mahu mendapatkan maklumat yang tepat,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

Sebelum ini, Tunku Mahkota Ismail menerusi entri di media sosial miliknya mengumumkan akan mengadakan mesyuarat bersama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi mendapatkan data pemain warisan Malaysia yang bermain di luar negara.

Ketika ini terdapat beberapa pemain yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Malaysia termasuk pemain Chelsea berusia 26 tahun, Kiernan Dewsbury-Hall dan Marcus Tavernier yang beraksi bersama Bournemouth.

Selain itu, pemain Burnley FC, Josh Brownhill dan Zian Flemming, Jamie Shackleton (Sheffield United), Taylor Moore (Bristol Rovers), Harvey Knibbs (Reading FC) dan Andy Smith (Hull City) turut berada dalam senarai.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya