Padang Stadium Nasional Bukit Jalil nampak cantik

Padang Stadium Nasional Bukit Jalil nampak cantik

KEADAAN terkini padang Stadium Nasional Bukit Jalil menjelang aksi Harimau Malaya menentang Timor Leste dalam kempen Piala ASEAN 2024, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kelihatan ‘cantik’ menjelang aksi Harimau Malaya menentang Timor Leste dalam perlawanan kedua Piala ASEAN 2024, malam ini.

Keadaan padang yang nampak sempurna itu memberi bayangan aksi malam ini mungkin berjalan lancar tanpa sebarang masalah tidak diingini termasuk risiko mendatangkan kecederaan.

Untuk rekod, aksi terakhir Harimau Malaya di SBNJ dalam aksi Pestabola Merdeka 2024 mengundang ‘tragedi’ apabila pertahanan negara, Dominic Tan ditimpa kecederaan yang didakwa berpunca daripada padang yang teruk.

Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Iliyas Jamil berkata, pihaknya melakukan standard operasi prosedur (SOP) untuk memastikan padang berada pada tahap terbaik walaupun terdapat penganjuran konsert di venue itu.

“Kita sentiasa menjaga kualiti padang supaya perlawanan membabitkan Harimau Malaya berlangsung tanpa sebarang masalah.

“Pada masa sama, kita juga menggunakan penutup baharu bagi melindungi padang daripada rosak,” katanya Ketika ditemui pemberita.

Sebelum ini, keadaan padang SNBJ menjadi isu hangat yang sering menjadi perdebatan setiap kali berlangsungnya perlawanan di venue terbabit .- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN