Komunikasi kunci terakhir Pearly-Thinaah di Hangzhou

Komunikasi kunci terakhir Pearly-Thinaah di Hangzhou

Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hanya berbaki kurang dari dua minggu sahaja lagi menuju ke Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China, beregu utama wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah tekad untuk memperbaiki komunikasi dalam permainan sebagai persiapan akhir.

Menurut Pearly, musim 2024 memberikan pelbagai cabaran seperti mengendalikan tekanan dan menangani komunikasi walaupun berhadapan dalam perlawanan yang sukar.

Justeru, Pearly berharap segala pengajaran yang diperoleh musim ini dapat dimanfaatkan menjelang Jelajah Dunia Akhir pada 11 hingga 15 Disember ini.

“Tahun ini bukan hendak bercakap ianya musim yang memuaskan, namun saya fikir tahun ini kami banyak belajar pelbagai perkara. Kami banyak belajar dan berkembang dengan ketara sebagai pasangan dan kami mampu melakukan dengan lebih baik.

“Bagaimanapun, kami berpuas hati dengan hasil yang dituai oleh kami berdua. Saya harap momentum baik ini dapat diteruskan pada masa hadapan,” kata Pearly kepada pemberita ketika majlis penajaan Kumpulan Affin bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM), di Menara Affin, kelmarin.

Sementara itu, Thinaah menyifatkan Jelajah Dunia Akhir itu sebagai satu keistimewaan untuk mana-mana pemain badminton, memandangkan ianya menampilkan lapan beregu terbaik pada kejohanan berkenaan.

“Kami sangat gembira kerana berjaya melayakkan diri tetapi seperti kebiasaan, fokus kami adalah untuk kekal tenang dan menikmati permainan di sana.

“Komunikasi adalah sesuatu yang kami perlu terus perbaiki, namun secara keseluruhan semuanya berjalan dengan lancar setakat ini,” ujar Thinaah.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya