KHM harap MSN tambah peruntukan

KHM harap MSN tambah peruntukan

KETUA Jurulatih Speedy Tigers, Sarjit Singh ketika bersama skuad negara pada Siri jelajah Eropah.-IHSAN KHM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) berharap Majlis Sukan Negara (MSN) dapat meningkatkan peruntukan kewangan bagi menyokong pembangunan sukan hoki, yang kini berdepan dengan kos operasi yang semakin tinggi.

Timbalan Presiden KHM, Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak, mendedahkan bahawa kos operasi tahunan bagi program-program hoki negara kini mencecah RM14 juta, namun peruntukan semasa jauh daripada jumlah berkenaan.

“Bajet yang diterima tidak cukup untuk menampung keperluan kami. Kami terpaksa bijak dalam merancang, serta bergantung kepada penajaan tambahan untuk melaksanakan program-program hoki.

“Buat masa ini, KHM hanya menerima RM4 juta daripada MSN, dengan tambahan RM4 juta lagi daripada penaja utama, Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Bagaimanapun, peruntukan ini hanya mencukupi kos untuk empat pasukan hoki padang iaitu pasukan lelaki dan wanita serta remaja, tidak termasuk pasukan hoki dalam dewan dan lima sebelah (5s),” kata Ahmad Najmi.

Pasukan hoki remaja lelaki yang menamatkan saingan di tempat keempat pada Piala Remaja Asia di Muscat, Oman, serta kejayaan pasukan wanita senior yang juga berada di tempat keempat pada Trofi Juara-juara Asia di Rajgir, India mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan oleh KHM.

Justeru, KHM merancang untuk memperluaskan program jelajah antarabangsa selepas skuad remaja lelaki berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia Remaja yang akan berlangsung di India, tahun depan.

“Pelan ini bergantung sepenuhnya kepada tambahan dana yang dijangka diterima daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), yang telah mengumumkan peruntukan besar untuk menghidupkan kembali sukan hoki Malaysia.

“Kekurangan dana menyebabkan KHM perlu merancang dengan teliti agar setiap program dapat dilaksanakan tanpa melebihi had bajet yang ada,” katanya.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sebelum ini mengumumkan, bahawa sebahagian besar Bajet 2025 sebanyak RM230 juta untuk industri sukan akan disalurkan bagi merancakkan semula sukan hoki negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya