Khabib buka gimnasium di Johor

Khabib buka gimnasium di Johor

KHABIB Nurmagomedov (duduk, kiri) bersetuju membuka gimnasium lathan di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bekas Juara Dunia UFC kategori lightweight, Khabib Nurmagomedov bersetuju membuka gimnasium latihan di Johor.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, memorandum persefahaman (MoU) antara Khabib dan Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) ditandatangani di Abu Dhabi.

“Syukur alhamdulillah, saya dan delegasi kerajaan negeri Johor berkesempatan mengadakan perjumpaan bersama Khabib ‘The Eagle’ Nurmagomedov, bekas Juara Dunia UFC Kategori Lightweight di Abu Dhabi.

“Semasa sesi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dengan Khabib Nurmagomedov pada awal Oktober lalu, kami telah berbincang mengenai program pembangunan belia dan cadangan untuk membuka gimnasium latihan di negeri Johor. Menerusi perjumpaan hari ini, MoU berhubung perkara itu telah ditandatangani,” katanya dalam satu kenyataan, di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya