Kenapa terus gantung KAFA?

Kenapa terus gantung KAFA?

HUSIN DERAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mempertikai tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menggantung keahlian badan induk itu daripada menjadi ahli gabungan.

“Satu lagi alasan yang dikatakan mendorong keputusan FAM itu adalah berikutan terdapat ahli gabungan KAFA yang tidak dibenarkan dan tidak dijemput menghadiri kongres tersebut.

“Sepatutnya jika betul tidak sah, jawatankuasa lama diberikan kuasa untuk membuat kongres semula. Tetapi terus gantung,” kata setiausaha Kafa, Husin Deraman.

Ditanya mengenai isu ahli gabungan tidak dibenarkan hadir atau tidak dijemput ke Kongres KAFA, Husin menjelaskan, jemputan tidak diberikan kerana KAFA berpandukan surat yang dihantar oleh Pesuruhjaya Sukan (PJS) mengenai status setiap ahli gabungan.

Katanya, semua ahli gabungan yang telah terbatas statusnya sebagaimana dinyatakan dalam surat PJS tidak dijemput ke kongres tersebut.

“Merujuk kepada status yang dinyatakan oleh PJS, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Gua Musang dan Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan telah dijemput ke kongres berkenaan.

“Manakala yang tidak dijemput adalah kerana statusnya terbatal dan tidak boleh mengundi sepertimana dinyatakan oleh PJS. Ahli gabugan tidak boleh mengundi adalah Pasir Puteh, Jeli, Machang, Kuala Krai, Bachok, Persatuan Bola Sepak Cina dan Persatuan Bola Sepak India,” ujarnya.

Beliau memberitahu, tindakan penggantungan ini bagaimanapun tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada Kelantan Red Warriors (KRW) yang baru dilancarkan pada Sabtu lalu dan kelab itu tetap boleh menyertai Liga Semi-Pro A1 pada musim depan tanpa sebarang halangan.

Dalam pada itu, Husin turut memaklumkan KAFA pasti akan mengemukakan rayuan berkenaan penggantungan ini dan satu surat jawapan telah dimajukan kepada FAM sebagai respons kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pertikaian Dalaman Ahli FAM itu.

Antara lain surat tersebut turut mempertikaikan perjalanan pendengaran aduan yang dihadiri oleh lima wakil KAFA serta penghantaran surat keputusan bertarikh 21 Disember 2024 (Sabtu) yang dilihat tidak profesional serta seolah-olah cuba menggagalkan pelancaran KRW- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya