FAM gantung KAFA serta-merta

FAM gantung KAFA serta-merta

Bola sepak Kelantan pernah menjadi fenomena pada era kegemilangan mereka dengan menjuarai tiga piala pada musim 2012.-GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjadi badan induk kedua digantung oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkuat kuasa serta-merta, semalam.

Sebelum ini, FAM menggantung Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) atas kesalahan gagal melunaskan hutang tertunggak melibatkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan semalam, FAM mengesahkan KAFA digantung keahlian atas kesalahan tatacara pengendalian Kongres Kafa pada baru-baru ini.

“Penggantungan itu selaras dengan Artikel 17 Statut FAM iaitu Jawatankuasa Eksekutif FAM (Exco) boleh menggantung keahlian mana-mana ahli disebabkan kesalahan pengendalian kongres secara tidak teratur dan mengikut prosedur-prosedur yang tidak betul.

“Keputusan penggantungan ini telah dibuat berdasarkan surat FAM bertarikh 21 Disember kepada KAFA iaitu berkaitan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pertikaian Dalaman FAM berkenaan aduan terhadap tatacara pengendalian Kongres Tahunan KAFA Kali Ke-65 dan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif KAFA bagi sesi 2024-2028.

“Jawatankuasa Pertikaian Dalaman FAM ini merupakan satu jawatankuasa ‘adhoc’ yang telah ditubuhkan FAM atas arahan Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

“Jawatankuasa Pertikaian Dalaman FAM pada mesyuarat yang diadakan pada Khamis, 19 Disember telah memutuskan bahawa kongres tersebut adalah tidak sah dan telah dimaklumkan kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

“Ia disebabkan terdapat ahli gabungan turut tidak dibenarkan hadir dan tidak dijemput ke kongres berkenaan,” kata kenyataan itu.

Susulan itu, FAM meminta badan induk bola sepak Pantai Timur itu untuk mengadakan semula kongres pemilihan dalam masa terdekat.

“Sehubungan itu, FAM telah mengarahkan supaya KAFA mengadakan semula kongres dan pemilihan tersebut secepat mungkin,” katanya.

Situasi ini sekali gus menyaksikan KAFA mungkin terlepas peluang untuk menjadi sebahagian daripada ahli gabungan pada Kongres Pemilihan FAM yang dijadualkan berlangsung pada Februari depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya