Azizulhasni, Aaron-Wooi Yik dinobat Anugerah Olimpian Terbaik

Azizulhasni, Aaron-Wooi Yik dinobat Anugerah Olimpian Terbaik

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) ketika menyampaikan Anugerah Olimpian Tahunan sempena Sukan Olimpik Tokyo 2020 di sini, hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dinobatkan penerima Anugerah Olimpian Terbaik bagi temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 manakala beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dianugerahkan sempena Olimpik Paris 2024 pada Malam Anugerah Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kali ke-27, sebentar tadi.

Malam Anugerah MOM kembali dianjurkan selepas kali terakhir diadakan pada 2019 berikutan pandemik COVID-19 dan MOM memutuskan untuk menunda Anugerah Tahunan MOM dengan menunggu selesainya kitaran Olimpik 2020-2024.

Pada temasya Olimpik Tokyo 2020 yang diadakan pada Ogos 2021 lalu, Azizulhasni berjaya membawa pulang pingat perak menerusi acara keirin.

Aaron-Wooi Yik pula berjaya membawa pulang pingat gangsa pada edisi 2024 selepas menewaskan beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen pada perlawanan penentuan tempat ketiga, Ogos lalu.

“Terima kasih MOM dan Tan Sri Norza Zakaria atas anugerah yang disampaikan. Anugerah ini memberikan motivasi kepada kami untuk terus beraksi dengan cemerlang,” kata Aaron.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Persekutuan Renang Malaysia, Mae Chen dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Wanita dan Sukan 2024.

Sementara itu, badang negara, Mohamad Aniq Kasdan turut menempah nama apabila diangkat sebagai Olimpian tahunan bagi Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas kejayaannya meraih pingat emas dalam kategori 55 kilogram (kg).

SENARAI PEMENANG ANUGERAH MOM KE-27

Pemenang Olimpian Tahunan bagi Temasya Sukan Olimpik Paris 2024 : Aaron Chia Teng Fong & Soh Wooi Yik

Pemenang Olimpian Tahunan bagi Temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020: Datuk Azizulhasni Awang

Pemenang Anugerah Wanita & Sukan 2024: Mae Chen

Pemenang Olimpian Tahunan bagi Temasya Sukan Asia Hangzhou 2022

Kategori Lelaki – Ng Eain Yow daripada Sukan Skuasy

Kategori Wanita – Sivasangari Subramaniam daripada Sukan Skuasy

Pemenang Olimpian Tahunan bagi Temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022

Kategori Lelaki – Aniq Kasdan OLY daripada Sukan Angkat Berat

Kategori Wanita – Ng Joe Ee daripada Sukan Gimnastik

Pemenang Olimpian Tahunan bagi Temasya Sukan SEA Kemboja 2023

Kategori Lelaki – Khiew Hoe Yan OLY daripada Sukan Renang

Kategori Wanita – Tan Cheong Min daripada Sukan Wushu

Pemenang Olimpian Tahunan bagi Temasya Sukan SEA Vietnam 2021

Kategori Lelaki – Juwaidi Marzuki daripada Sukan Memanah

Kategori Wanita – Nur Dhabitah Sabri OLY daripada Sukan Terjun

Induksi Dewan Kemasyhuran

Pegawai:

1. Datuk S. Vegiyathuman – Olahraga

2. Allahyarham Datuk Abu Samah Abd. Wahab – Berbasikal

Atlet:

3. Khoo Chong Beng – Olahraga

4. Mendiang Nellan Vellasamy – Golf

Pasukan:

Pasukan Hoki Wanita, Temasya Sukan Asia ke-9 Delhi 1982

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya