Young Tigers enggan ambil mudah cabaran Bangladesh

Young Tigers enggan ambil mudah cabaran Bangladesh

AKSI Pemain negara ketika berdepan China dalam aksi pembukaan Piala Remaja Asia di Muscat, Oman.-IHSAN AHF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas melakar kemenangan besar dalam dua aksi pertama kempen Kumpulan B Piala Remaja Asia, skuad hoki remaja negara perlu berdepan Bangladesh sebelum boleh mengesahkan tempat ke separuh akhir.

Ketua jurulatih Young Tigers, I Vikneswaran berkata, aksi menentang Bangladesh di Stadium Hoki Oman, Muscat hari ini tidak boleh dianggap mudah memandangkan mereka boleh menggugat kedudukan pasukan negara.

“Kita tahu Bangladesh boleh menggugat kedudukan kami jadi di sini kita harus fokus 100 peratus. Kami perlu mempersiapkan diri bagi menghadapi perlawanan menentang Bangladesh,” katanya.

Terdahulu, Bangladesh membuka kempen kejohanan mereka dengan langkah kanan apabila menewaskan Oman 3-1 pada Selasa lalu sebelum dibelasah Pakistan 6-0, semalam.

Motivasi pemain Young Tigers berada di tahap terbaik apabila mereka mencipta kemenangan bergaya apabila menumpaskan China 5-2 pada aksi pertama sebelum membelasah tuan rumah, Oman 9-1 pada keesokan harinya.

Selepas diberikan rehat selama dua hari, Vikneswaran tidak mahu mensia-siakan masa yang ada apabila memberitahu dia bersama pemainnya melakukan kerja rumah bagi aksi menentang Bangladesh.

“Dua hari rehat dan kita buat video analisis serta persiapan daripada segi latihan padang dan sesi video sebagai persiapan menghadapi Bangladesh.

Selepas ini, Young Tigers akan bertemu Pakistan dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan B di venue yang sama esok.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya