TFC mahu tamat kemarau kemenangan

TFC mahu tamat kemarau kemenangan

BADRUL Afzan ketika mengendalikan sesi latihan Terengganu FC (TFC) selepas dilantik sebagai pengurus sementara TFC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) optimis dapat menamatkan kemarau kemenangan ketika menerima kunjungan Penang FC dalam aksi Liga Super, di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, malam ini.

Menurut pengendali sementara TFC, Badrul Afzan Razali, corak permainan anak-anak buahnya mula meningkat sewaktu dalam perlawanan terdahulu meskipun masih melakukan kesilapan individu.

Badrul Afzan berkata, semangat tidak mudah berputus asa dan menyerah kalah menjadi motivasi terbaik bertemu Penang FC yang kini menghuni tangga ketiga tercorot Liga Super 

Malah jelasnya, semangat barisan pemain TFC juga kian berkobar-kobar terutama penyerang import, Nelson Bonilla yang sudah menemui sentuhan jaringan sejak menyertai pasukan itu.

“Kelebihan laman sendiri yang sebelum ini menjadi gelanggang keramat TFC juga harus dimanfaatkan untuk meraih kejayaan dan kami turut mengharapkan sokongan padu penyokong.

“Hanya kemenangan menjadi sasaran kami dan saya optimis jika dapat mengutip mata penuh, ini akan menjadi tonik terbaik untuk mendapatkan momentum menghadapi perlawanan seterusnya.

“Apa yang penting pemain-pemain perlu lebih berdisiplin dan mengurangkan kesilapan mudah seperti dilakukan ketika bertemu Perak, minggu lalu,” ujarnya ketika ditemui di sini, semalam.

Kemerosotan prestasi menyaksikan TFC jatuh ke tangga keempat berkongsi 18 mata dengan Kuching City FC sambil terus diekori rapat dengan hanya dipisahkan tiga mata dengan Sri Pahang di kedudukan kelapan.

Sementara itu, persiapan TFC sedikit terencat setelah pemain importnya, Marin Pilj, dikatakan mahu meninggalkan pasukan itu setelah hanya enam bulan menyarung jersi Sang Penyu.

Menguatkan lagi desas-desus itu, nama pemain tengah Croatia tersebut tiada dalam kesebelasan utama dalam tiga perlawanan terakhir bertemu PDRM, Kedah Darul Aman (KDA) dan Perak.

Difahamkan, Pilj membuat keputusan itu susulan pengunduran bekas ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner, yang melepaskan jawatannya ekoran masalah prestasi TFC musim ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya