Sri Pahang ikat Selangor 1-1

Sri Pahang ikat Selangor 1-1

PERTEMBUNGAN antara Sri Pahang FC dan Selangor FC di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh berakhir dengan keputusan seri 1-1, malam ini.- IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sri Pahang FC gagal membawa bekalan selesa untuk perlawanan timbal balik pusingan 16 Piala Malaysia selepas sekadar seri 1-1 dengan Selangor FC di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, sebentar tadi.

Beraksi dalam keadaan padang becak ekoran hujan lebat sebelum perlawanan bermula, kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang untuk mendahului biarpun pasukan pelawat dilihat lebih agresif memburu gol.

Peluang terbaik pelawat untuk mendahului Sri Pahang hadir seawal minit ke lima melalui Orozco tetapi jaringan yang dihasilkan pemain tengah itu dibatalkan selepas pengadil mengesan beliau berada di posisi offiside.

Kesilapan Sergio Aguero menghantar bola ke belakang juga nyaris menghasilkan gol selepas bola tersekat kerana padang ditakungi air disambar Ronnie Faernandez tetapi tiang gol menjadi penyelamat tuan rumah.

Dalam tempoh 15 minit pertama, Selangor berjaya menguasai permainan tetapi beberapa kali Manual Hidalgo dan Kpah Sherman masih sempat menguji penjaga gol lawan.

Pada minit ke-28, tandukan Sean Selvaraj ke kiri gawang gol akhirnya berjaya menewaskan Azim Al Amin untuk Sri Pahang berjaya mendahului Selangor 1-0.

Sri Pahang berpeluang menambah jaringan pada minit minit akhir babak pertama melalui Mykola Ahapov selepas menerima hantaran Hidalgo tetapi sepakan penyerang itu hanya melewati palang gol lawan.

Selangor turut mempunyai peluang terbaik menyamakan kedudukan tetapi percubaan Faisal Halim dinafikan penjaga gol Sri Pahang sebelum tamat separuh masa pertama.

Kemasukan Alvin Fortes yang mengantikan Faisal Halim di babak kedua tidak banyak mengubah rentak Selangor untuk merencanakan serangan ke arah kawasan Sri Pahang.

Sebaliknya Sri Pahang yang dikendalikan Fandi Ahmad lebih banyak menguasai padang dengan beberapa percubaan bahaya ke arah pintu gol pelawat melalui Kpah Sherman, Aguero dan Ahapov serta Sazwan Andik.

Bagaimanapun jaringan penyamaan untuk Selangor hadir pada minit ke-82 apabila tandukan Nicklos Jumbo gagal di tangkap kemas penjaga gol Sri Pahang, Zarif Irfan untuk keputusan perlawanan berakhir 1-1.

Kedua-dua paukan kan bertembung pada aksi timbal balik pada 1 Disember ini di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 1 Disember ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya