Skuad futsal perlu perhatian sewajarnya

Skuad futsal perlu perhatian sewajarnya

PEMAIN negara, Ridzwan Bakri (kanan) ketika melepasi kawalan pemain Thailand dalam Kejuaraan Futsal ASEAN 2024, baru-baru ini.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketika peminat tanah air tertumpu kepada jatuh bangun sukan bola sepak di Malaysia, jangan lupa bahawa sukan futsal di negara ini juga berdepan nasib nasib yang sama.

Terbaharu skuad futsal kendalian Rakphol Sainetngam tersingkir seawal peringkat kumpulan dalam saingan Kejuaraan Futsal ASEAN 2024 yang berlangsung di Nakhon Ratchasima, Thailand.

Dalam aksi Kumpulan A, Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga dengan enam mata di belakang Vietnam dan Thailand yang berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Dalam kejohanan itu, Malaysia melakar dua kemenangan iaitu membelasah Brunei 11-0 dan Timor Leste (2-0) dan tumpas dua kali kepada Vietnam (0-2) serta tuan rumah, Thailand (1-3)

Kegagalan ini menimbulkan cakap-cakap dalam kalangan peminat futsal negara, ketika skuad negara sudah lama tidak melakar kejayaan dengan kali terakhir muncul naib juara kejohanan itu pada 2018.

Perlu diakui sukar untuk anak-anak buah Rakhpol memberi saingan kepada negara-negara serantau seperti Vietnam, Indonesia dan Thailand yang mempamerkan peningkatan saban tahun.

Sehubungan itu, pihak berkepentingan di Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu duduk semeja dengan Rakhphol bagi membincangkan strategi terbaik untuk meningkatkan kualiti skuad negara.

Ia termasuk tentang penganjuran liga futsal kebangsaan yang perlu lebih kompetitif untuk melahirkan lebih ramai pemain berkualiti serta boleh bersaing dalam perlawanan berintensiti tinggi.

Pengurus skuad futsal negara, Datuk Seri Rosmadi Ismail berkata, pihaknya akan melakukan ‘post mortem’ secara keseluruhan bagi aksi skuad futsal kebangsaan di Kejuaraan Futsal ASEAN 2024.

Rosmadi yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengakui skuad negara sukar untuk menyaingi pasukan Vietnam dan Thailand yang sebelum ini sudah beraksi di Piala Dunia Futsal.

“Kita akan buat ‘post mortem’, biarpun kalah kita dipuji pasukan lawan kerana saingan yang diberikan cukup baik khususnya kepada Vietnam dan Thailand yang pernah beraksi di Piala Dunia Futsal.

“Sebenarnya tahun ini kita tidak banyak kejohanan dan perlawanan kompetitif, ini (Kejuaraan Futsal ASEAN 2024) merupakan satu-satunya kejohanan yang ada untuk pasukan negara,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya