Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Singapura

Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Singapura

SIVASANGARI (kiri) sewaktu beraksi menentang Aifa pada pusingan kedua pada Terbuka Singapura di Pusat Sukan OCBC Singapura, hari ini. - Ihsan Squashsite.com
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain No. 9 dunia, S. Sivasangari tepati ramalan mara ke suku akhir selepas menumpaskan rakan senegara, Aifa Azman pada pusingan kedua Terbuka Singapura di Pusat Sukan OCBC Singapura, hari ini.

Anak jati Kedah itu hanya memerlukan masa selama 26 minit untuk mengetepikan Aifa yang menghuni ranking ke-37 dunia 11-6, 11-8, 11-8.

Pada suku akhir, esok, pemain berusia 25 tahun itu bakal berdepan wakil Mesir, Fayrouz Aboelkheir yang menghuni ranking No. 13 dunia.

Sivasangari berkata, dia beraksi buat kali pertama di gelanggang kaca tersebut dan permainan agak mencabar kerana bola akan mati begitu sahaja.

“Pada set kedua, Aifa jauh mendahului saya di hadapan, tetapi, saya berjaya mendapatkan kembali rentak permainan pada pertengahan saingan.

“Dalam set ketiga pula, saya terlalu gopoh dan memukul bola terlalu rendah. Saya berusaha kumpulkan kembali kekuatan dan saya gembira berjaya menamatkan perlawanan dalam tiga set,” katanya ketika ditemu bual selepas pertemuan berakhir.

Menurut Sivasangari, dia dan Aifa saling mengenali corak permainan di antara satu sama lain dan mereka berdua juga baru sahaja bertembung antara satu sama lain, minggu lepas.

“Kemenangan itu masih segar dalam ingatan saya dan saya tahu dia mahu membalas dendam, saya cuba untuk kekal tenang.

“Tekanan lebih kepada diri saya sendiri, tetapi, saya perlu melaksanakan tugas saya,” ujarnya.

Turut mara ke suku akhir, esok, adalah pemain No. 14 dunia, Ng Eain Yow yang hanya mengambil masa selama 34 minit untuk mengetepikan Velavan Senthilkumar dari India yang berada di tangga ke-49 dunia 11-4, 11-1, 11-5, semalam.

Wakil tunggal Malaysia dalam saingan lelaki itu akan berdepan pemain No. 12 dunia, Victor Crouin dari Perancis dan kelebihan psikologi berpihak kepada Eain Yow berdasarkan rekod pertemuan 2-0 yang dipegangnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya