Shandong Taishan hampakan JDT

Shandong Taishan hampakan JDT

PENYERANG JDT, Jorge Obregon melakukan tandukan dalam aksi menentang Shandong Taishan, malam ini.- IHSN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus mencipta kemenangan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) tidak kesampaian apabila tumpas 0-1 kepada Shandong Taishan, sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium Olimpik Jinan itu, kedua-dua pasukan beraksi baik dengan saling berbalas serangan pada awal permainan, namun tiada jaringan berjaya dihasilkan pada babak pertama.

Pemain import JDT, Jorge Obregon berjaya menggegarkan jaring lawan selepas menerima umpanan Arif Aiman Hanapi pada minit ke-39, namun jaringan itu dibatalkan selepas beliau dikesan berada di kedudukan offside.

Kedudukan 0-0 kekal sehingga babak pertama berakhir dan bersambung separuh masa kedua, tuan rumah melakukan beberapa pertukaran untuk memantapkan jentera hadapan.

Percaturan pengendali sementara Shandong Taishan, Tang Tian itu membuahkan hasil apabila berjaya menghidupkan jentera tengah dan barisan hadapan pasukan untuk terus menekan JDT.

Menerima asakan bertali arus tuan rumah, pertahanan JDT melakukan kesilapan apabila perangkap offside mereka tidak menjadi untuk membuka laluan kepada Zeca untuk menjaringkan gol kemenangan.

Tersentak dengan jaringan tuan rumah, skuad Harimau Selatan cuba bangkit memburu gol penyamaan, namun keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya