Selangor tebus kontrak Nooa Laine

Selangor tebus kontrak Nooa Laine

NOOA Laine kini menjadi pilihan utama di bahagian tengah Selangor FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC bersetuju menebus kontrak pemain kacukan Finland-Malaysia, Nooa Laine bagi membolehkan pemain tengah itu menjadi milik Gergasi Merah secara tetap

Ketika ini, Laine yang juga bintang tengah Harimau Malaya beraksi dengan Selangor FC secara pinjaman daripada kelabnya SJK Seinajoki yang berpangkalan di Finland.

Pengesahan itu dibuat oleh SJK Seinajoki menerusi satu kenyataan media sosial yang mana Selangor akan menebus kontrak bintang Harimau Malaya itu selepas tempoh pinjamannya selesai.

Pemain berusia 22 tahun itu ketika ini menjadi pilihan utama Selangor dan juga Pau Marti Vicente di kem Harimau Malaya untuk mengemudi jentera tengah biarpun masih diusia muda.

Menurut Pengarah Teknikal SJK Seinajoki, Richard Dorman, dia amat gembira dengan perkembangan yang dilalui oleh Laine dan berharap akan terus maju jaya di masa akan datang.

“Obligasi pembelian dalam perjanjian pinjaman Laine pada musim ini di Malaysia telah diaktifkan dan dia akan menjadi pemain Selangor FC secara perpindahan tetap.

“Tempoh kemajuan Laine di Seinajoki selaras dengan rancangan dan kami gembira kerana seorang lagi pemain yang telah melalui laluan kami akan bergerak ke depan dalam kariernya.

“Kami berharap Laine bahagia dengan masa depan dan kesinambungan kerjayanya di Malaysia,” kata Dorman dalam satu kenyataan di media sosial kelab berkenaan.

Sebelum ini, perpindahan Laine pernah mencetuskan kontroversi apabila dia didakwa memilih Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum menyertai Selangor pada jendela perpindahan musim ini secara pinjaman.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya