Selangor masih ada peluang- Kinoshi

Selangor masih ada peluang- Kinoshi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali baharu Selangor FC (SFC), Katsuhito Kinoshi masih menaruh keyakinan terhadap peluang anak buahnya untuk mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).

Pengendali dari Jepun itu berkata, anak buahnya masih mampu menamatkan saingan sebagai naib juara Kumpulan H dengan misi wajib menang ke atas Cebu FC pada aksi terakhir yang akan berlangsung di Filipina.

Dalam masa yang sama, Gergasi Merah perlu mengharapkan Jeonbuk Hyundai Motors sekurang-kurangnya mengikat Muangthong United pada aksi terakhir, 5 Disember nanti.

“Kita boleh menang (ke atas Cebu FC). Kita main secara agresif dan dapatkan gol dan kita boleh menang (mara ke pusingan kalah mati) di sana,” kata selepas Selangor tumpas 1-2 kepada Muangthong United, kelmarin.

Pada aksi itu, Selangor FC bermula baik apabila mendahului menerusi Quentin Cheng di minit kelima sebelum pelawat bangkit dengan dua gol di babak kedua hasil ledakan Felicio Brown dan Poramet Arjvirai, yang kedua-duanya berpunca daripada sepakan sudut.

Deretan peluang dicipta tuan rumah, namun gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan sekali gus terpaksa akur dengan kekalahan 1-2 kepada Muangthong United pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

“Kita juga banyak melakukan percubaan yang terkena tiang tetapi kita tidak berlatih akan perkara itu.

“Ini adalah perbezaan yang ketara sama ada untuk meletakkan bola dalam gawang. Harapan saya adalah perlawanan selepas ini, kita dapat menjaringkan lebih banyak gol,” jelasnya.

Keputusan itu menyaksikan Selangor tewas dua kali berturut-turut dalam saingan ACL2 selepas kekalahan pertama dialami di tangan kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai 1-0 di tempat lawan sekali gus memadamkan rekod bersih yang tidak tewas dalam tiga aksi awal sebelum itu.

Selangor kini menghuni tangga ketiga Kumpulan H ACL2 dengan mengumpul tujuh mata manakala Muangthong United di kedudukan kedua apabila mengumpul lapan mata.

Sementara itu, Jeonbuk yang melakar kemenangan 4-0 ke atas Cebu FC, kelmarin kekal menerajui Kumpulan H dengan 12 mata dan telah mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya