PKBM 'buru' penaja untuk musim 2025

PKBM ‘buru’ penaja untuk musim 2025

Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh berharap dapat mencari penaja lebih besar untuk musim 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) berharap dapat menarik penajaan lebih lumayan pada musim 2025 bagi menjamin kecemerlangan pasukan berbasikal lebuhraya negara.

Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh menegaskan skuad lebuhraya wajar diberikan tumpuan selepas mereka mempamerkan potensi dan meraih pelbagai kejayaan termasuk merangkul pingat emas di Sukan SEA 2023 di Kemboja.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa usaha PKBM untuk mendapatkan kepercayaan penaja agak mencabar, terutamanya dalam usaha mengekalkan kegemilangan skuad terbabit.

“Sejak tahun 1998, skuad lebuh raya menerima penajaan daripada syarikat yang terkenal serta sokongan daripada KBS (Kementerian Belia dan Sukan).

“Bagaimanapun, bermula hujung tahun 2013, PKBM tidak menerima sokong kewangan khususnya dari KBS,” kata Amarjit dalam satu kenyataan.

Dalam mesyuarat exco PKBM yang pertama di bawah pimpinannya baru-baru ini, beliau membincangkan langkah untuk memperbaiki tanggapan terhadap PKBM serta tekad membina keyakinan pihak penaja terhadap persatuan itu.

“Skuad lebuh raya kita sudah berjaya meraih pingat emas dalam acara lepas beramai-ramai elit lelaki di Sukan SEA 2021 di Vietnam serta 2023 (Kemboja).

“Saya berharap lebih ramai penaja akan ikhlas dan tampil membantu menjelang Sukan SEA 2025 di Thailand,” ujarnya.

Dalam pada itu, mesyuarat terbabit turut menyaksikan beberapa rombakan jawatan penting, termasuk pelantikan Mazlan Md Jail sebagai Pengerusi Jawatankuasa Anti-Doping, Norazman Datuk Abu Samah mengetuai Jawatankuasa Teknikal dan Lebuhraya, serta Khairy Jamaluddin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Cycling for All.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya