Piala Malaysia: Pemain PDRM perlu kekal fokus untuk ke suku akhir - Utusan Malaysia

Piala Malaysia: Pemain PDRM perlu kekal fokus untuk ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pasukan PDRM FC kini memasang harapan untuk mara lebih jauh dalam saingan Piala Malaysia musim ini selepas memperoleh suntikan semangat menerusi kemenangan ke atas Negeri Sembilan FC dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan pertama pusingan 16 piala tersebut semalam.

Ketua jurulatih PDRM, P. Maniam berkata, anak buahnya telah menampilkan persembahan yang cukup baik dan bersungguh sehingga berjaya bangkit di penghujung perlawanan menerusi dua gol walaupun terlebih dahulu ketinggalan.

“Perlawanan sangat menarik dan menghiburkan malah lawan juga bermain sangat baik namun PDRM juga bermain dengan bersungguh-sungguh terutama pada separuh masa kedua dengan mencipta banyak peluang.

“Penghujung perlawanan kami buat pertukaran pemain yang sangat baik sehingga Hadi Fayyadh dapat menjaringkan gol dan Ifedayo memang kami lihat benar-benar mahu menjaringkan gol malam ini.

“Masih ada lagi perlawanan kedua, ia tentu bukan perlawanan yang mudah, pemain perlu lebih fokus dan tidak melepaskan gol, itu kuncinya untuk kami layak ke peringkat suku akhir,” katanya pada sidang akhbar selepas aksi Piala Malaysia bertemu Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini semalam.

Pada perlawanan itu, dua gol pada minit akhir PDRM menghampakan pasukan NSFC untuk meraih kemenangan pertama mereka di gelanggang sendiri musim ini.

Pemain tengah, A. Selvan menjaringkan gol buat tuan rumah pada minit ke-68 namun ia dibalas oleh dua gol penghujung perlawanan oleh Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak dan Ifedayo Olusegun Patrick Omasuyi untuk kemenangan 2-1 berpihak kepada PDRM.

Sementara itu, pengendali Negeri Sembilan, K. Nanthakumar mengakui kecewa dengan keputusan perlawanan kerana menyifatkan aksi malam tadi boleh berpihak kepada pasukan Hobin Jang Hobin itu.

“Sepatutnya kami boleh menang 3-0, kami ada peluang tetapi kami mensia-siakan peluang terutama pada separuh masa kedua, apabila kami tidak menjaringkan gol dan PDRM pula dapatkan gol jadi mereka menang. Memang saya kecewa terutama lima minit terakhir apabila pemain hilang fokus.

“Namun masih ada lagi 90 minit lagi, apa sahaja boleh berlaku, kami akan Selayang dan akan berikan 100 peritus pada perlawanan itu,” katanya lagi.

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi untuk perlawanan kedua pada 29 November ini di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya